berita

Anak Buat ‘Konsert’ Dalam Wayang, Bila Ditegur Siap Diperli Si Ibu. Menyirap Betul!

June 22nd, 2018 | by faris
Kini Trending

Menonton wayang sudah menjadi sebahagian aktiviti wajib terutamanya bagi penggemar filem setiap kali filem terbaru ditayangkan. Boleh dikatakan majoriti pusat beli-belah seluruh negara dilengkapi dengan panggung untuk memenuhi permintaan kaki wayang ini.

Namun, tidak semua penonton wayang ini mempunyai etika dan sikap timbang rasa kepada penonton lain. Seorang lelaki berkongsi pengalamannya menonton wayang dengan seorang penonton tidak bertanggungjawab.

Pertama kali keluar wayang awal

Seorang lelaki menceritakan pengalaman menonton wayang dalam panggung yang turut disertai ibu dan anaknya. Si anak kemudiannya mula meragam dengan menyanyi di bahagian depan dewan. Penonton lain kemudiannya memberi signal amaran supaya mendiamkan diri.

Anak cuit kaki, buat medley

Anak itu kemudiannya mencuit kaki lelaki itu dan menyambung membuat ‘persembahan medley’. Jengkel dengan keadaan itu, lelaki berkenaan meminta si ibu kepada untuk mendiamkan si anak bagi memberi ruang untuknya menonton dengan aman.

Terkedu dengan respon

Wanita berkenaan kemudian memerli individu itu tanpa rasa bersalah. Lelaki berkenaan kemudiannya mengambil barang dan keluar dari panggung untuk mengelakkan keadaan tidak berlarutan.

Sumber: Kasyi Zulkifli

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×