berita

Anak Dedah ‘6th Sense’ Rosmah, Tak Pernah ‘Miss’ Lokasi Pesawat Anak Setiap Kali Travel

May 10th, 2020 | by faris
Kini Trending

Hari Ibu disambut pada hari Ahad kedua bulan Mei setiap tahun untuk mendedikasikan hari istimewa bagi insan penting buat setiap daripada kita. Tidak ketinggalan mengucapkan ucapan ini adalah anak bekas Perdana Menteri, Nooryana Najwa Najib untuk ibunya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Sentiasa tahu apa anak-anak lakukan

https://www.instagram.com/p/B__Yoz_nyFX/

Menurut Yana di Instagram, dia dan adik-beradik lain selalu berseloroh mengatakan ibu mereka itu mempunyai deria keenam atau ‘sixth sense’. Sejurus sebelum melakukan sesuatu, pasti Rosmah akan menelefon mereka dan bertanya apa yang sedang dibuat.

Ketika kami belajar di luar negara, baru study break, nak pakai jaket keluar dari dorm room (pergi tengok wayang atau makan dengan kawan) mummy akan call dan kami ditanya ‘Hello, buat Apa tu?’. Dengan nada serius saya akan jawab ‘Takde apa, belajar je la ma’.

Track penerbangan anak sehingga mendarat

Cerita Yana lagi, ibunya juga akan mengesan pesawat dia dan adik-beradik lain menerusi laman web FlightRadar 24. Laman web pengesan pesawat itu katanya akan dibuka sepanjang penerbangan sehinggalah mereka selamat mendarat ke destinasi.

Setelah sampai, mereka akan menerima mesej Whatsapp ‘Alhamdulillah dah sampai’, tanpa mengira waktu di ibu negara. Yana turut mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada wanita itu dan menyeru anak-anak supaya menghargai segala pengorbanan ibu masing-masing.

Sumber: Yana Najib

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×