berita

Anak Derita Cacat Kekal, Ibu Kesal Diminta Tarik Semula Laporan Polis

February 3rd, 2023 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Seorang wanita berkongsi kisah sedih yang menimpa anak lelakinya yang melecur teruk di seluruh tubuh selepas paip pembentung dapur rumahnya pecah dan meletup.

Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak Hanyut Dalam Kolam Kumbahan Berjaya Diselamatkan

Artikel Berkaitan: Gara-Gara Sinki Jiran Meletup, Budak 9 Tahun Melecur ‘Tersiram’ Asid – ‘Hati Ibu Mana Yang Tidak Pilu Anak Melecur Hampir Seluruh Badan’

Paip meletup

Menurut ibu mangsa, Nurul Hidayah, anak lelakinya, Muhammad Haidar, 9, sedang menggoreng telur di dapur, namun secara tiba-tiba saluran paip di bahagian dapur meletup dan mengeluarkan buih jenis cecair yang dipercayai asid serbuk soda milik jiran sebelah atas pangsapuri berkenaan.

Paip atas tu (dapur) meletup kene kat haidar sebab jiran atas letak asid kt sinki mereka yang tersumbat. Yang jadi mangsa anak Dayah. Tapi kami sekeluarga redha atas ujian ini.

Susulan daripada itu, anak lelakinya yang berusia 9 tahun dikhabarkan sedang menderita akibat kesan lecuran tahap tiga hampir seluruh tubuh dan sedang menerima rawatan di ICU manakala adik perempuannya yang berusia 7 tahun cedera di paha kanan.

Namun begitu, Hidayah turut mengakui kesal apabila dia diminta untuk menarik semula laporan polis. Bagaimanapun, sebagai seorang ibu, dia bertegas mahu menuntut keadilan buat anaknya yang kini mendapat kecacatan kekal.

Disuruh tarik report, anak kami akan dapat kecacatan kekal, jadi kami nak orang yang terlibat bertanggungjawab.

Sumber: Nurul Hidayah

SKIP THIS AD ×