Siapa sangka nampak tenang di pentas Gegar Vaganza (GV) rupanya salah seorang ahli kumpulan VE iaitu Fakhiz Yunos dan keluarga berdepan dugaan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Bahan’ Raisa Guna Bahasa Inggeris, Nabil Ahmad Dilabel Tidak Profesional
Jangkitan kuman
Menurut Fakhiz, anak ketiganya, Jauza Hanania, telah dimasukkan ke Hospital Shah Alam sejak Isnin minggu lalu.
Katanya kepada OhBulan, bayi berusia dua bulan itu mengalami muntah seperti najis dan disahkan terdapat jangkitan kuman dalam usus serta darah.
Susulan kondisi badan yang lemah serta hilang selera, anak kecil itu terpaksa diberikan susu melalui hidung.
Beberapa hari sebelum ditahan wad, anak saya asyik berak, dan muntah. Mula-mula tak serius sebab ada masa okay. Tapi Isnin minggu lalu, dia muntah, warna macam lebih kurang najis. Terus bawa ke hospital.
Dia alami dehidrasi, dua hari masuk antibiotik. Doktor kata dalam usus dan darah dia ada jangkitan kuman. Petang semalam keadaan dia nampak lemah, mata dia macam mata dah reda.
Fakhiz berkata demikian ketika sejurus usai konsert minggu kelapan GV9, pada malam Ahad.
Kena belajar reda
Ditanya punca anaknya jatuh sakit, Fakhiz berkata doktor memaklumkan disebabkan pencemaran air yang digunakan untuk membancuh susu.
Dalam pada itu, Fakhiz turut berpesan kepada isterinya agar reda dengan apa yang berlaku dan bakal terjadi.
Saya ada berpesan kepada isteri, apa yang jadi baik atau tidak, kita kena terus reda. Perkara yang dah lepas dan apa yang akan datang, kena reda. Sekarang ini kena usaha.
Mungkin kita pun ada silap dan lalai… jadi, Allah nak beri pesanan. Sebab kita sayang anak lebih daripada Allah.
Sumber: Instagram @fakhizhimura