berita

‘Anak Guam Saya Dengan Rendah Diri Mohon Maaf’ – Peguam Remaja Bakar Tahfiz

August 18th, 2020 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Dalam kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pada tahun 2017, 23 penghuni telah dilaporkan meninggal dunia. Susulan daripada tragedi itu, seorang remaja berusia 19 tahun telah dijatuhkan hukuman penjara sehingga mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Artikel berkaitan: Remaja Bakar Tahfiz Sebabkan Kematian 23 Individu Dipenjara Hingga Dapat Pengampunan Agong

Menerusi laporan Bernama, keputusan yang dibuat oleh Hakim Datuk Azman Abdullah ternyata mengundang sebak dalam kalangan yang hadir.

Suasana mengundang sebak

Saya mendoakan roh yang meninggal (dunia) dicucuri rahmat oleh Allah SWT, menjadi ahli syurga, begitu juga ibu bapa mereka.

Semasa Azman mengakhiri penghakimannya semalam, suasana di mahkamah kelihatan sugul dan rata-rata individu yang hadir turut sebak mendengar keputusan yang diumumkan.

Mohon maaf kepada semua pihak

Anak guam saya dengan merendah diri memohon maaf kepada orang yang terlibat atas kesukaran dan kesulitan yang dilalui sepanjang tempoh perbicaraan berlangsung sejak tiga tahun lalu.

Menurut peguam yang mewakili tertuduh iaitu Mohd Haijan Omar, anak guamnya memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat sepanjang tempoh perbicaraan berlangsung. Tambahnya, anak guamnya itu bertegas bahawa dia tidak melakukan kesalahan tersebut.

Bercerita mengenai keadaan anak guamnya sewaktu di penjara, Haijan memberitahu bahawa anak guamnya telah mengikuti beberapa kelas dan akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atas inisiatif sendiri. Ujar beliau lagi, anak guamnya itu merupakan anak kedua daripada lima beradik dan ibunya merupakan ibu tunggal. Ayahnya meninggal dunia semasa anak guam berada dalam tahanan reman di penjara.

Sumber: Bernama

SKIP THIS AD ×