Aktor meningkat naik, Meerqeen menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-23 pada Selasa.
Artikel Berkaitan: Sarah Yasmine ‘Spill Tea’ Tunjuk Ciapan Pernah ‘Check In’ Hotel & Dakwa Meerqeen Curang Dengan Anna Jobling?
Artikel Berkaitan: Meerqeen Titip Doa – ‘Ya Allah Semoga Pemberianku Sampai Pada Semua, Itu Sahaja Saya Boleh Bantu Dari Jauh’
Ucapan ibu
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, ibu kepada Meerqeen iaitu Suraida Yacob berkongsi ucapan kepada anak sulungnya itu.
Suraidah menerusi nukilannya di ruangan kapsyen meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan anak seperti Meerqeen.
Hari paling sakit yang mama rasa, tak pernah mama rasa sesakit itu seumur hidup mama.
Sakit nak keluarkan seorang budak kenit yang akhirnya diberi nama Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam. Harapnya itulah sakit yang terakhir abang bagi mama.
Alhamdulillah sakit mama tu sakit yang berbaloi sehingga saat ini. Alhamdulillah Allah bagi abang pada mama dan ayah. Syukur yang teramat sangat.
Dalam pada itu, Suraidah juga mengimbau kembali momen-momen yang tidak dapat dilupakan sepanjang melihat pelakon drama Melur Untuk Firdaus tersebut membesar.
Melihat tawanya, melihat tangisnya, melihat susahnya, melihat peritnya melalui sakitnya, merasai dukanya dan mama akan sentiasa ada dalam setiap jatuh bangun abang. Setiap perjalanan abang, mama doakan yang terbaik.
Budak bertuah ni carry so many colours, itu yang buat rumah mama tak pernah sunyi. Kalau dia kerja lama, dua tiga hari tak jumpa pun rasa rindu sangat dekat dia.
Tengok dia tidur pun dah buat mama happy. Anak ni yang tak berubah adalah cara tidur mereka. Kalau tengok dia tidur memang ingat anak aku ni umur 10 tahun. Cepat betul besar, tahu-tahu masuk universiti, tahu-tahu dah kerja. Esok-esok tahu-tahu mama ayah dah tak ada.
Sementara itu, wanita tersebut juga turut menitipkan nasihat buat anaknya agar tidak lupa menjalankan tanggungjawab sebagai anak selain mendoakan kesejahteraannya.
Doakan mama dan ayah selalu. Awak tu anak sulung, jaga adik-adik semua dan jalankan tanggungjawab elok-elok.
Sebesar mana pun abang, setua mana pun abang, sehebat mana pun abang, serendah mana pun abang..abang sentisa dalam doa mama. Sebab doa mama untuk abang sampai akhirat nanti. Semoga kita dapat berkumpul semula di akhirat!
Mama love you! Ingat pesan mama, biarlah sakit bersalin tu jadi sakit yang paling sakit abang bagi mama..no more pain.
Menjengah ke ruangan komen, rata-raya warganet terharu dengan coretan yang ditulis oleh ibu Meerqeen.
Sumber: Instagram Suraidah Yacob