Sudah menjadi lumrah, apabila ahli politik turut mendapat tempias seperti selebriti apabila diberi mandat. Segala tindak-tanduk mereka dan mereka yang berkaitan akan menjadi perhatian masyarakat.
Media semalam melaporkan anak kepada Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, Ahmad Saiful Islam Mohamad ditahan kerana positif ganja. Tidak menunggu lama, Mat Sabu memberi kenyataannya berhubung kes itu.
Serah sepenuhnya pada polis
Menurut Ahli Parlimen Kota Raja ini, dia dimaklumkan mengenai penahanan anaknya semalam dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk tindakan. Dia turut mengatakan Ahmad Saiful juga tidak terkecuali tertakluk dengan undang-undang.
Saya telah dimaklumkan tentang penahanan anak saya, Ahmad Saiful Islam Mohamad, oleh pihak polis hari ini (semalam).
Susulan penahanan ini, saya dan keluarga menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk bertindak berdasarkan proses undang-undang sedia ada.Anak saya sama seperti anak orang lain, juga tertakluk kepada proses undang-undang negara.
Bebas dengan jaminan polis
Suspek yang berusia 31 tahun ditahan dalam Op Pusat Hiburan yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) di sebuah premis yang terletak di Jalan Ampang.
Ahmad Saiful bagaimanapun sudah dibebaskan pada jam 6 petang Sabtu dengan jaminan polis.
Respon dipuji netizen
Respon Mat Sabu yang menegaskan anaknya tidak terkecuali dengan pelaksanaan undang-undang membuatkan netizen memuji dan menghormati kenyataan itu. Bagi mereka, Mat Sabut tidak memperguna kedudukan untuk melindungi anaknya.
Dugaan untuk ibu bapa
Sumber: Astro Awani, Twitter