berita

Anak Khayal, Kerat Bapa 6 Bahagian

October 9th, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Tidak sangka hanya perbalahan antara anak dan bapa bertukar menjadi sebuah tragedi kejam. Insiden tersebut tercetus apabila seorang bapa menegur anak lelakinya yang kerap menghisap syabu di dalam rumah.

Lebih tragis lagi apabila anak lelaki itu sanggup mengerat badan ayahnya itu kepada enam bahagian dan disembunyikan di kawasan berhampiran rumah termasuk tangki kumbahan sedalam 1.5meter.

Temui kesan darah

Mayat seorang bapa, You Su Kim berusia 74 tahun itu telah dikerat 6 bahagian dan ditemui di dua lokasi berbeza. Sebahagian di dalam tangki kumbahan sedalam 1.5 meter dan selebihnya di dalam lubang di belakang rumah mangsa. Kejadian kejam itu telah disedari anak perempuan mangsa seawal 9.00 pagi tadi. Dia telah menemui beberapa kesan darah di tilam dalam bilik, bantal dan dinding rumah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd Rahman berkata pihak polis telah menahan anak lelaki mangsa berusia 52 tahun pada 1.30 tengah hari tadi.

Suspek yang ditahan kemudian menunjukkan senjata iaitu sebilah parang panjang berukuran 0.6 meter yang dipercayai digunakan untuk memotong tubuh mangsa. Senjata itu ditemui dalam bilik di rumah terbabit dan terdapat kesan darah.

Dimarahi bapa kerana syabu

Gambar sekadar hiasan

Sementara itu, Yahya jiran sebelah rumah ada memaklumkan terdengar pergaduhan antara mangsa dengan anak lelakinya itu, malam tadi. Suspek juga dipercayai bertindak kejam selepas dimarahi bapa kerana bertindak menghisap syabu dalam rumah berkali-kali. Malah, suspek turut disyaki khayal ketika membunuh dan mengerat tubuh badan ayahnya itu.

Polis percaya mangsa dibunuh sekitar 12 tengah malam dan seorang daripada anak perempuan mangsa yang tinggal berhampiran mendakwa ada mendengar bapa serta abangnya bertengkar pada 8 malam.

Siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat.

Anak perempuan mangsa, Yong terkejut apabila dia masuk ke dalam rumah ayahnya itu dan kelihatan kesan darah pada dinding bilik. Dia juga risau keadaan ayahnya selepas mengetahui pertengkaran yang berlaku malam tadi.

Sebaik masuk ke dalam bilik bapa saya lihat kesan darah pada tilam serta bantal dan curiga dengan keadaan itu, saya meminta bantuan jiran untuk mengesan bapa sebelum menemui kesan korekan tanah di bahagian belakang rumah.

Bapa sakit tua dan lumpuh, manakala suspek ditugaskan menjaga bapa sejak beberapa tahun lalu dan mereka tinggal berdua sahaja di rumah berkenaan.

Sumber: BH Online

SKIP THIS AD ×