Foto: Rizky Billar
Anak kepada pasangan selebriti Indonesia, Lesti Kejora dan Rizky Billar menjadi bualan hangat warganet selepas dihina dan dicaci pengikut media sosial pasangan tersebut.
Artikel Berkaitan: Bayi Lelaki Tak Setampan Suami, Penyanyi Dangdut Indonesia Luah Rasa Kecewa
Artikel Berkaitan: Selamat Lahirkan Bayi Lelaki Pramatang, Pasangan Sensasi Indonesia Kongsi Nama Anak – ‘Leslar Gabungan Nama Kami & Bakal Mengandungi Doa Jutaan Orang’
Hina fizikal buah hati Lesti dan Rizky
Foto: Lesti Kejora
Lesti memuat naik foto bersama anaknya, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar di laman Instagram miliknya minggu lalu. Dalam foto tersebut Lesti Kejora mendukung buah hatinya yang begitu comel.
Anak shaleh (soleh) Al-fatih.
Bagaimanapun, hantaran tersebut dibanjiri dengan ucapan kebencian yang dilontarkan oleh warganet dengan menghina fizikal buah hati Lesti dan Billar.
Harap lapor akaun yang menghina
Foto: Rizky Billar
Entah di masan silapnya, foto yang mendapat lebih 40,000 komen itu turut dihujani dengan kata-kata kesat dan cemuhan. Antara komen yang biadap ialah menyamakan Muhammad Lesla seperti binatang.
Mirip tukul arwana.
Walaupun begitu, ramai juga warganet yang membela Lesti dan Billar. Kebanyakan daripada mereka tidak dapat menerima anak pasangan tersebut dihina oleh warganet. Malah, warganet juga berharap Lesti dan Billar melaporkan akaun-akaun yang telah menghina fizikal anak mereka.
Komen netizen
Sumber: Suara.com