berita

Selamat Lahirkan Bayi Lelaki Pramatang, Pasangan Sensasi Indonesia Kongsi Nama Anak – ‘Leslar Gabungan Nama Kami & Bakal Mengandungi Doa Jutaan Orang’

January 11th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebelum ini, pasangan selebriti popular Indonesia, Rizky Billar dan isterinya, Lesti Kejora merahsiakan wajah serta nama bayi lelaki mereka yang dilahirkan secara pramatang pada 26 Disember lalu. Namun, baru-baru ini mereka akhirnya mendedahkan wajah dan nama bayi berkenaan yang diberi nama Muhammad Leslar Al Fatin Billar.

Artikel berkaitan: Tipu 1 Negara Sebab Kahwin Senyap-Senyap & Nikah 2 Kali, Pasangan Artis Ini Bakal Dipenjara 4 Tahun Jika Sabit Kesalahan?

Artikel berkaitan: Nampak ‘Baby Bump’ Masa Majlis Kahwin & Dituduh Hamil Anak Luar Nikah, Pelakon Mengaku Nikah Senyap-Senyap

Artikel berkaitan: Kongsi Foto ‘Photoshoot’ The Bumil’s, Netizen Lebih Fokus Dengan Perut Lesti Kejora – ‘Hamilnya Berapa Bulan?’

Isteri dan anak sihat

Foto: @rittarrajagukguk

Menurut Rizky, isterinya melahirkan anak mereka secara pramatang dengan berat 2.8 kilogram. Namun, kedua-duanya berada dalam keadaan yang sihat. Selain bercerita mengenai perkembangan tahap kesihatan isteri dan anak, Rizky menjelaskan maksud nama anak sulung mereka.

Muhammad adalah nama pertama saya. Nama itu adalah seorang Rasul yang sangat dimuliakan. Saya tak ingin nama ini menjadi beban, tapi saya punya harapan dengan memberikan nama ini kepada anak saya. Kenapa Leslar? Kerana nama ini nama yang disebut ketika pertama kali ditanya Tukul Arwana. Ia juga nama gabungan kami, malah nama ini akan menjadi sesuatu yang besar dan mengandungi doa jutaan orang.

Sudah kahwin awal

Terdahulu, pasangan ini mengejutkan pelbagai pihak apabila mengumumkan mereka sebenarnya sudah berkahwin pada awal tahun lalu. Malah, mereka kemudiannya mengadakan majlis ‘pernikahan semula’ berserta majlis resepsi penuh gemilang pada 19 Ogos, tahun lalu. Majlis tersebut turut disiarkan secara live di televisyen bagi memenuhi permintaan para peminat. Rizky dan Lesti berkahwin mengikut agama dan adat istiadat seperti akad nikah dan sebagainya.

Sumber: Rizky

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×