berita

Anak Menangis Disisi Mayat Ibu Selepas Ditikam Bapa

June 17th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Dua orang kanak-kanak kecil berdepan detik hitam dalam hidup mereka kerana melihat ibunya dibunuh oleh bapa sendiri. Menerusi laporan Harian Metro, kejadian yang berlaku di Kampung Gong Garu, Pasir Puteh menyatakan bahawa wanita warga Myanmar yang merupakan etnik Rohingya maut selepas ditikam dengan pisau pemotong sayur oleh suaminya yang juga warga Myanmar.

Pasangan itu sering bergaduh

Saya terkejut apabila melihat mangsa terbaring di depan rumah saya dalam keadaan berlumuran darah dan anak pula sedang menangis di sisi mayat ibunya.

Saya memang kerap dengar mereka bergaduh namun tak sangka hingga boleh menyebabkan berlaku kejadian seperti ini.

Menurut jiran mangsa, dia terdengar bunyi bising dari arah rumah mangsa yang terletak bersebelahan rumahnya ketika sedang membasuh pinggan di dapur. Dia kemudiannya menyergah mangsa sebelum keluar dari rumah untuk melihat apa yang sedang berlaku.

Tambahnya lagi, pasangan itu dan dua nak lelaki mereka yang berusia tiga dan empat tahun baru menetap di situ selama dua bulan. Dia juga kerap kali terdengar mereka bergaduh. Namun dia tidak sangka kejadian seperti ini bakal berlaku.

Suspek telah berjaya ditahan

Pemeriksaan awal terdapat dua kesan tikaman di badan dan masing-masing satu torehan di badan serta lengan kanan mangsa.

Senjata tajam yang dipercayai digunakan suspek ditemui di lokasi kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd Azmir Damiri menyatakan bahawa suspek telah berjaya ditahan di sekitar kawasan Kota Bahru. Senjata yang dipercayai digunakan suspek turut telah ditemui. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu, kedua-dua anak mangsa sudah diambil oleh sepupu mereka manakal mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Anis untuk dibedah siasat.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×