Selepas lebih sebulan menyepi sebaik pulang dari Mesir, penyanyi rap sensasi iaitu Ariz Ramli telah bernikah secara senyap-senyap dengan wanita pilihan, Farra Inalis Hussni.
Artikel Berkaitan: Dah Setahun Lebih Kenal Caprice, Elis Mengaku Suami Ada Sifat Baran & Ego – ‘Yang Penting Dia Tak ‘Fake’ & Sayang Budak’
Artikel Berkaitan: Nak Guna Nama Sebenar Bukan Caprice, Ariz Ramli Jawab Soalan Netizen Kenapa Pilih Ibu Tunggal? – ‘Itu Rahsia Tuhan’
Terbaru, Farra Inalis menerusi akaun Instagramnya ada menceritakan semula momen ketika di awal perkenalan anak perempuannya, Aleesya bersama Ariz Ramli.
Aleesya selesa dengan Ariz Ramli
Menerusi video yang dikongsikan Farra di Instagram, memaparkan anak perempuannya sedang merengek kerana merindui Ariz Ramli meskipun Aleesya pada ketika itu dia baru sahaja mengenali penyanyi rap sensasi itu. Menurut Farra, Aleesya bukanlah seorang kanak-kanak yang suka menangis malah dia juga susah untuk rapat dengan seseorang. Tetapi Aleesya seakan selesa apabila bersama dengan Ariz Ramli.
Selepas 6 bulan, anak Elis dah start panggil “Daddy Caprice” , kadang2 dia pun suka menyakat Ariz dengan pangilan “abang bro caprice” dan buat gaya2 hip hop. (dah macam kawan sama baya aku tengok ?)
Jelas Farra, Aleesya merupakan penguat hubungannya bersama suami, Ariz Ramli. Farra yang juga merupakan ibu tunggal sebelum ini mengakui tidak pernah terfikir untuk mendirikan rumah tangga secepat ini. Hal ini kerana, dia tidak yakin akan ada orang yang menyayangi Aleesya seperti mana dia menyayangi anak perempuannya itu. Namun Farra akhirnya terbuka hati dan yakin dengan kasih sayang Ariz terhadap Aleesya.
Orang kat luar mungkin tak nampak or mungkin suami saya tak pernah tunjuk, but i have to say this, Ariz is too caring and loving with children and that became the no.1 reason for our marriage.
Farra menyifatkan suaminya seorang insan yang sangat penyayang selain berterima kasih kepada Ariz Ramli kerana menerima dirinya seadanya.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Farra Inalis Hussni