Bapa kepada kanak-kanak yang maut akibat digilis lori ketika bermain mendedahkan bahawa dia reda dengan pemergian anak bongsunya itu.
Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak Lima Tahun Maut Digilis Lori Ketika Bermain
Minta wang 20 sen
Memetik laporan Sinar Harian, Muhamad Qayyum Abdul Aziz yang bekerja sendiri mendedahkan bahawa anaknya, Nur Qayra Quraisya, 5, ada datang kepadanya sebelum kemalangan dan meminta wang bernilai 20 sen untuk membeli aiskrim sebelum berlalu pergi.
Namun, tidak lama kemudian dia mula mendengar kekecohan orang ramai dan mula berlari ke tempat kejadian.
Bila tiba di tempat kejadian saya lihat anak sudah dilanggar lori yang membawa muatan pasir.
Tambah Qayyum lagi, arwah ada menunjukkan sedikit perubahan apabila mudah merajuk sekiranya permintaannya tidak ditunaikan sejak kebelakangan ini.
Saya pun pelik, selalunya Qayra tidak begitu sehingga menguji kesabaran saya namun saya tak memarahinya, rupanya dia pergi dulu dari kami.
Dalam pada itu, Qayyum dan isterinya, Faezah Kadir, 38, berharap agar masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi kerana akan memberi kesan kepada mereka sekeluarga terutama komen-komen di media sosial.
Terdahulu, Nur Qayra disahkan meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah di kepala akibat digilir sebuah lori muatan pasir kira-kita jam 5.25 petang Khamis.
Jenazah mangsa telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Padang, Malim di sini tengah malam Khamis.
Hasil siasatan dibuat pihak polis, manga dipercayai sedang bermain bersama saudaranya di kawasan berhampiran rumah sebelum kemalangan.
Sumber: Sinar Harian