Jom meriahkan Karnival #KeluargaMalaysia: Anak Muda GEGOR yang bakal berlangsung Sabtu, 12 November ini. Ada banyak aktiviti yang korang boleh sertai termasuklah pertandingan e-sukan.
Lebih 2,000 golongan belia dijangka turun padang!
Kalau korang nak tahu, lebih 2,000 belia dari Parlimen Bera dan kawasan berhampiran lebih 2,000 belia dari Parlimen Bera dan kawasan berhampiran.
Menurut Pengerusi Miat Quadra E-Sport Club Mohamad Lukman Afiq Mohamad Faizal, yang juga penganjur bagi karnival ini, “Karnival sehari ini akan bermula seawal jam 9 pagi di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera dan dijangka akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.”
Buka ruang golongan belia dapatkan pekerjaan!
Karnival dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Perbadanan Pembangunan Manusia Berhad (HRDCorp) turut menawarkan 1,500 peluang pekerjaan menerusi acara JaminKerja.
Justeru itu, bagi korang yang tengah cari pekerjaan tu, why not gunakan peluang ini sebaiknya. Mana tahu ada pekerjaan yang korang impikan ditawarkan disana.
Cungkil bakat baru dalam bidang e-sukan!
Selain menawarkan peluang pekerjaan, acara e-sukan turut dianjurkan. Penganjuran pertandingan e-sukan bertujuan mencungkil bakat belia dalam sukan tersebut yang kini menjadi kerjaya pilihan ramai anak muda di peringkat antarabangsa.
“Setakat ini sebanyak 38 kumpulan e-sukan telah mendaftar dengan semuanya anak tempatan Bera, namun penyertaan juga terbuka kepada mereka dari luar Bera, bagi merebut hadiah berupa wang tunai serta cabutan bertuah.
Tambahnya lagi, Pasukan e-sukan negara, Team Haq Esports Club yang muncul juara perlawanan Liga Profesional Mobile Legend (MPL) MY musim ke-10 juga akan menghadiri karnival ini.
Disamping itu, Mohamad Lukman Afiq berkata aktiviti lain yang akan berlangsung termasuklah ujian pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan motosikal, konsert Keluarga Malaysia dan jualan pelbagai barangan menerusi trak makanan dan gerai.
Konklusinya, bagi korang yang ada masa lapang dan tinggal di kawasan berdekatan, jangan lupa hadirkan diri dan meriahkan lagi Karnival #KeluargaMalaysia: Anak Muda GEGOR.