
Anak kepada penyanyi, Datuk Nora Ariffin iaitu Mohd Syakir Iman memaklumkan hubungannya dengan bapa tiri, Dr Rushdi Ramli dalam keadaan baik.
Artikel Berkaitan: Nora Ariffin Pernah Henti Buat ‘Live’ Jual Produk Gara-Gara Dilabel Penyondol
Artikel Berkaitan: ‘Selagi Belum Bercerai, Saya Tiada Hak Untuk Menghalau’ – Nora Ariffin
‘Gangguan pihak ketiga buat rumah tangga goyah’

Syakir, 32, turut memberitahu hubungannya dengan adik-beradik tiri juga tidak mempunyai sebarang masalah. Namun, mendakwa polemik yang berlaku berpunca daripada campur tangan pihak ketiga.
Saya dengan Dr Rushdi kami baik-baik sahaja. Saya dengan anak-anak Dr Rushdi pun okay sahaja. Tapi saya tidak kenal semua anak-anaknya, cuma beberapa sahaja.
Keluarga kami sebenarnya tiada sebarang masalah, cuma ada gangguan daripada pihak ketiga yang membuatkan rumah tangga ibu dan Dr Rushdi menjadi goyah.
Bila ada campur tangan luar dan gangguan lain, itu yang ganggu keharmonian mereka dan memberi kesan kepada keluarga kami.
Syakir berkata demikian sejurus proses pelantikan wakil hakam kes perceraian Nora dan Dr Rushdi di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam pada Rabu.
Syakir telah dilantik sebagai wakil hakam bagi pihak Nora, sementara Dr Rushdi melantik anak sulungnya, Muhammad Shakir sebagai wakil hakam.
Dalam pada itu, Syakir berkata, sebagai anak dia sentiasa ingin melihat ibunya hidup bahagia dan menjalani kehidupan yang harmoni.
Saya yakin ada sahaja pergolakan dalam perkahwinan. Semua orang berkahwin untuk bahagia, namun ada naik turunnya. Tapi kalau campur orang luar, itu toksik.
Sebagai anak, sudah pasti saya mahu lihat ibu saya jalani hidup bahagia. Saya juga merasakan hubungan ibu dengan Dr Rushdi baik-baik sahaja.
Untuk info, mahkamah menetapkan 30 September depan sebagai tarikh sebutan bagi melampirkan laporan hasil perbincangan hakam membabitkan kes perceraian pasangan itu.
Pada 21 April lalu, Nora memfailkan permohonan perceraian selepas tercetus pelbagai konflik susulan hantaran di Instagram miliknya yang memaparkan video lafaz cerai oleh Dr Rushdi terhadapnya.
Selepas sebulan mengumumkan perceraian itu, Nora memaklumkan dia dan suami sudah kembali rujuk.
Imbas kembali, Nora mengesahkan sudah bergelar isteri kepada Dr Rushdi yang juga Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya pada 2021.
Nora sebelum itu pernah mendirikan rumah tangga bersama komposer, Allahyarham Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.
Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.




![[VIDEO] Haliza Maysuri Turun Merewang Untuk Aqiqah Cucu – ‘Dah La Kaya, Rajin Turun Dapur’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/haliza-maysuri-2.jpg)
![[VIDEO] Capik Lalat Ditegur Pendakwah Bebas, Sifatkan Lelaki Ringan Tangan Sebagai Dayus – ‘Ada Tiga Cara Nabi Ajar’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/capik-lalat.jpg)
