
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menarik semula permohonan cerai yang difailkan terhadap suaminya, Dr Rushdi Ramli.
Artikel Berkaitan: Anak Nora Ariffin Jaga Hubungan Baik Dengan Dr Rushdi & Adik-Beradik Tiri – ‘Cuma Ada Gangguan Pihak Ketiga’
Artikel Berkaitan: ‘Selagi Belum Bercerai, Saya Tiada Hak Untuk Menghalau’ – Nora Ariffin
Tarik kes

Menurut peguam syarie mewakili Rushdi iaitu Azmi Mohd Rais, permohonan penarikan tersebut telah diputuskan oleh Hakim Ahmad Faizul Ashar selepas bersetuju dengan syarat diminta Nora.
Alhamdulillah, pada hari ini (Selasa) plaintif, Datuk Nora telah menarik balik kes ini dan ingin meneruskan perkahwinan dengan defendan.
Sebelum permohonan penarikan balik dibuat, dia memohon agar penarikan tersebut dibuat secara bersyarat, iaitu tidak ada sebarang gangguan daripada pihak ketiga.
Maka Yang Arif Hakim telah meluluskan permohonan penarikan balik tersebut dan menasihatkan Nora bahawa dia mempunyai hak untuk memfailkan injunksi tegah ganggu terhadap mana-mana pihak ketiga, serta memfailkan kes gangguan (nuisance) di mahkamah sivil sekiranya perlu.
Dalam pada itu, Azmi turut memaklumkan bahawa keputusan tersebut disambut dengan penuh kesyukuran oleh pihak Rushdi.
Bagi pihak defendan pula, dia sangat bahagia pada hari ini. Alhamdulillah. Dan beliau juga telah berjanji akan menasihati pihak ketiga tersebut.
Kes ini ditarik balik tanpa sebarang kos. Alhamdulillah. Oleh itu, tidak perlu kepada pelantikan hakam panel pada hari ini.
Imbas kembali, krisis rumah tangga Nora dan Dr Rushdi mula menjadi perhatian ramai sejak 12 Ogos 2024 apabila penyanyi itu memuat naik sebuah video di Instagram yang memaparkan suaminya melafazkan cerai.
Susulan itu, pelbagai dakwaan dan spekulasi tercetus sehingga mendorong Nora memfailkan tuntutan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada 21 April tahun lalu.
Terdahulu, pada penghujung 2021, Nora mengesahkan dia telah bergelar isteri kepada Dr Rushdi yang juga merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Fiqh dan Usul, sebuah universiti di ibu negara.
Sebelum itu, Nora pernah mendirikan rumah tangga bersama komposer terkenal, Allahyarham Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata. Bagaimanapun, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.





![[VIDEO] Lelaki Penghidap Penyakit Iktiosis Kongsi Cabaran Hidup – ‘Orang Tak Boleh Tengok, Mereka Takut Berjangkit’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/iktiosis-man.jpg)


