Risau juga kami melihat foto yang dikongsikan Rita Rudaini di Instagram yang menunjukkan anak keduanya berlumuran darah di hidung.
Disebabkan terlampau risau kerana hidung anaknya yang bernama Airit Rafqa Arjuna berdarah selama dua hari, Rita bertindak membawa anaknya itu ke hospital dan terus ditahan wad.
Saluran Darah Koyak & Bengkak
Sekali baca macam perkara serius, kan? Tapi Alhamdulillah selepas bertemu doktor pakar, keadaan anak kedua Rita tak merbahaya. Apa yang kelakar, doktor mengatakan kemungkinan anaknya mengorek hidung sampai terluka. Buat suspen je, lol!
Terharu lihat anak sulung Rita pandai bertanggungjawab
Tapi kesian juga kepada Rita apabila kedua-dua anaknya ditahan wad pada waktu yang sama. Iyalah, nak berulang-alik ke sana ke mari menguruskan segala hal dan dalam masa yang sama nak menjaga anak yang sakit memang bukan kerja senang. Nasib baik anak Rita yang sulung, Rayyan sangat bertanggungjawab. Terharu kami bila lihat si abang mengurut kaki mommynya walaupun dia sendiri tak berapa sihat. Kecil-kecil lagi dah sweet!
Kami doakan agar Rayyan dan Arjuna lekas sembuh dan boleh pergi ke sekolah seperti biasa. Semoga mommy hot ini terus tabah membesarkan anak-anaknya. Jyeah!