Tindakan pelakon Azar Azmi yang hilang dari radar industri hiburan telah menimbulkan pelbagai tanda tanya dalam kalangan peminat.
Artikel Berkaitan: Azar Azmi Buat ‘Comeback’, Aktif Muat Naik Video Di TikTok
Artikel Berkaitan: Individu Mengaku Ahli Keluarga Kongsi Keadaan Terkini Azar Azmi – ‘Dia Dah Kahwin & Ada Anak’
Bukan aktres lagi
Terbaharu, menerusi hantaran oleh seorang individu yang dipercayai anak saudara kepada Azar, telah memuat naik fotonya bersama aktres tersebut di platform TikTok.
Dia mak cik saya yang paling ting tong.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bertanyakan tentang keberadaan Azar atau nama lengkapnya Siti Azar Ameerah Azmi.
Menurut individu tersebut, Azar tidak mahu lagi bergelar seorang aktres malah ingin menumpukan perhatiannya kepada perniagaan.
Dia ada je, tapi dia dah resign jadi aktres.
Dia nak fokus bisnes sahaja sebab setakat ini keluarga pun tak tahu dia buat apa kerana kehidupannya sangat privasi. Tetapi dia baik-baik sahaja.
Dalam keluarga dia yang paling ‘masuk air’ dan paling extrovert. Tapi insyaAllah suatu hari bila dia sudah betul-betul pulih, dia akan buat kenyataan tentang mengapa dia sudah tak mahu berlakon.
Kadang-kadang masa raya atau kenduri kahwin je dia muncul.
Belum berkahwin
Dalam pada itu, individu berkenaan juga menafikan bahawa aktres berusia 35 tahun tersebut sudah mendirikan rumah tangga sekaligus menepis spekulasi yang hangat diperkataan sebelum ini.
Dia belum berkahwin. Semua itu dusta, netizen ini ada-ada je.
Walau bagaimanapun, para peminat tetap meluahkan rasa kerinduan mereka untuk melihat Azar kembali beraksi sebagai pelakon.
Sumber: TikTok Thisuserdie