Tular seorang lelaki di Uganda mengahwini tujuh orang isteri serentak termasuk dua saudara perempuannya pada minggu lalu.
Artikel Berkaitan: Fauziah Sarman Nafi Dakwaan ND Lala, Setuju Untuk Bermadu Dengan Syarat – ‘Tak Nak Ambil Tahu Mengenai Siti Munirah’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Wanita Sifatkan Menyusu Suami Buat Rumah Tangga Lagi Bahagia
Poligami menjadi tradisi
Memetik laporan The Citizen, seorang lelaki yang dikenali sebagai Habib Nsikonnene telah memiliki tujuh isteri iaitu Aisha, Fatuma, Sharifah, Rashida, Mariam, Saha dan Sinap.
Lelaki yang berusia 43 tahun itu berkata bahawa isteri-isterinya tidak menyimpan perasaan cemburu dan bersetuju untuk membina keluarga bersama.
Isteri saya tidak memendam rasa cemburu sesama sendiri. Saya perkenalkan mereka secara berasingan dan memutuskan untuk mengahwini mereka sekaligus untuk menjadikan sebuah keluarga besar dan bahagia.
Sebelum majlis berlangsung, pengantin lelaki telah menghantar semua isterinya ke salon kecantikan serta menyediakan lebih 40 kereta dan 30 motosikal untuk perarakan secara besar-besaran ke majlis tersebut di kampung Namasengere, daerah Kamulli.
Difahamkan, poligami telah menjadi sebuah amalan dalam keluarga mereka dan sah di sisi undang-undang di Uganda.
Menurut bapa kepada pengantin, datuknya mempunyai enam isteri manakala bapanya lima isteri dan dia sendiri mempunyai empat isteri.
Anak saya mengatasi semua dalam satu masa.
Sumber: The Citizen