Pelawak dan penyampai radio terkenal, Johan Raja Lawak atau nama sebenarnya, Yazid Lim mendedahkan bahawa adalah menjadi satu cabaran untuknya menggajikan seorang pembantu rumah yang berlainan agama.
Artikel Berkaitan: ‘Siapa Potong Bawang Ni?’ – Johan & Ozlynn Buat Kejutan Untuk Anak Bujang Bikin Netizen Sebak
Rajin solat Maghrib berjemaah
Menerusi potongan video yang tular di TikTok, Johan mendedahkan anaknya yang masih kecil gemar bertanyakan perihal Jesus kepadanya setiap kali dia memberikan tazkirah selepas solat Maghrib berjemaah.
Jadi, Johan merasakan ia sebagai satu cabaran untuknya dalam mendidik anak-anak tentang agama dan dalam masa yang sama perlu memberikan jawapan yang tidak menyinggung perasaan pembantu rumahnya yang merupakan penganut agama Kristian.
Setiap kali waktu Maghrib, saya akan solat berjemaah dengan anak bini saya. Jadi selepas selasai solat Maghrib dan sementara menunggu masuknya waktu Isyak, kadang-kadang saya akan baca hadis, kadang-kadang saya ambil potongan ayat al-Quran untuk tazkirah anak bini saya.
Saya juga ada pembantu rumah beragama Kristian, yang akan cuci pinggan waktu itu. Apabila dia tahu saya nak beri tazkirah, dia akan terus letak pinggan, letak segala apa yang dia buat, dia berhenti dan akan duduk depan saya untuk sama-sama dengar tazkirah.
Masalahnya anak saya ni pula suka tanya pasal Jesus (waktu tazkirah). Jadi saya kena bagi jawapan dekat anak saya dengan jawapan yang sekadarnya sambil menjaga hati pembantu rumah saya yang beragama Kristian. Itu jadi cabaran untuk saya.
Johan turut mendedahkan kini pembantu rumahnya itu sudah pun memeluk agama Islam setelah dua tahun berkhidmat untuk keluarganya.
Tetapi selepas dua tahun bekerja bersama saya, Alhamdulillah hari ini dia (pembantu rumah) di rumah saya sebagai seorang Muslim.
Difahamkan, pendedahan itu dibuat Johan ketika menjadi tetamu jemputan bagi sebuah program agama.
Sebagai suami hanya galakkan isteri
Dalam pada itu, Johan turut mendedahkan bahawa dia akui sering menerima kecaman dari segelintir wargamaya mengenai penampilan isterinya, Ozlynn Waty yang tidak mengenakan tudung walaupun penyampai radio Hot FM gemar berkongsi perihal agama.
Sebagai suami, saya hanya beri galakkan, hanya memberi ransangan, hidayah itu milik Allah. Minta maaf cakaplah, saya ni selalu dapat komen ‘ah kau tahu agama dan sebagainya tapi bini kau tak bertudung’.
Tapi awak kena ingat, kalau saya dah cakap dengan bini saya, ‘sayang comel awak pakai tudung’ , kalau dia taknak pakai tudung, awak nak pukul dia ke? Awak nak kurung dia ke tak nak bagi keluar rumah?
Kita sebagai suami galakkan isteri, sebab itu hidayah itu saya ulang, milik Allah. Saya tak ada hidayah, saya bukan Sheikh, saya bukan Habib.
Netizen kagum dengan Johan
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen kagum dan terkesima melihat penjelasan dibuat oleh Johan. Bukan itu sahaja, mereka turut berpendapat bahawa segala percakapan yang keluar dari mulut Johan itu merupakan hasil didikan pembelajarannya di sekolah pondok satu ketika dahulu.
Video
@mansurabdullah87 Siapa Sangka Johan pelawak Hebat Dalam hidup #SayangSunnah #JauhiBidaah #Pmt #Jesus ? original sound – MansurAbdullah87
Sumber: TikTok