Pasangan selebriti, Johan dan Ozlynn terbang ke luar negara semata-mata untuk berikan kejutan hari jadi kepada anaknya yang sedang melanjutkan pelajaran.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kongsi Rezeki Dengan Kanak-Kanak Ketika Piknik Hot, Johan Dipuji Netizen – ‘Alhamdulillah Memang Pemurah’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Banding Cara Didikan Johan Dengan Nabi Muhammad, Ozlynn Buka Mulut Dengan Netizen
Demi anak
Menerusi sebuah video yang dimuat naik Ozlynn di Instagram (IG), difahamkan mereka ke di Dublin, Ireland. Ozlynn dan Johan dilihat berada di dalam sebuah lif untuk bertemu anak sulung mereka, Ariq.
Kita sebenarnya dekat dalam lif nak buat kejutan untuk Ariq. Kami cakap kawan kami ada nak hantar barang untuk dia.
Jom kita tengok reaksi dia! Tak pasal-pasal kena tipu.
Dalam pada itu, kapsyen berupa ucapan aktres berusia 41 tahun itu kepada anaknya yang sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan tersebut juga mengundang rasa sedih.
Selagi ada kita hargailah pinjaman paling berharga dariNya. Surprise untuk abang Ariq menjadi.
Papa, mama dan adik-adik Hanania sayang kamu.
Bukan itu sahaja, lagu berjudul Ke Hujung Dunia nyanyian Allahyarhamah Siti Sarah yang dimasukkan sepanjang video ini juga turut meruntun hati siapa sahaja yang mendengarnya.
Netizen sebak
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata ramai rakan artis dan juga warganet sebak melihat pengorbanan pasangan ini yang berusaha membuat kejutan demi kebahagiaan anak yang jauh di mata.
Sumber: Instagram