berita

‘Anak Sulung Baru Tamat Pengajian & Dalam Perancangan Untuk Memulakan Kerjaya’

June 3rd, 2018 | by Amat
Kini Trending

Malang tidak berbau apabila seorang isteri dan 3 orang anak terlibat dengan kemalangan jalan raya di Lebuhraya Pantai Timur dari arah Kuala Lumpur ke Kemaman, siang tadi. Tiada ungkapan yang dapat digambarkan si suami, Mazlan Mohd Rashid kehilangan insan tercinta di bulan Ramadan ini.

Menurut BH Online, kesemua mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke Kemaman selepas membeli-belah di ibu kota bagi menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

Kebiasaannya saya tidak ikut

Kejadian berlaku 8.30 pagi tadi apabila kereta Perodua Myvi yang dipandu mangsa Azian Abdullah bersama 5 orang anak terbabas sebelum melanggar besi pembahagi jalan. Ibu mereka pula mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala. Mangsa Fatin Najwa Mazlan, Fatin Nur Adriana dan Mohamad Danish Najmi termasuk ibu meninggal dunia.

Manakala, dua lagi anaknya, Mohd Shahrul Ikhram dan Fatin Nur Athirah parah dan kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh. Mereka bertolak ke Kuala Lumpur pada Jumaat lalu dan memaklumkan ingin membeli barangan keperluan bagi persiapan sempena Syawal.

Saya kebiasaan tidak ikut dan beri keizinan kepada isteri dan anak-anak untuk keluar membeli belah. Saya di sini menjalankan perniagaan runcit dan tunggu kepulangan mereka sahaja membawa pakaian yang dibeli.

Kali terakhir isteri telefon jam 11 malam tadi memaklumkan akan bertolak balik ke rumah. Saya difahamkan mereka juga ada singgah di kawasan rehat dan rawat (RnR) Temerloh untuk berehat sebelum dimaklumkan pagi ini mereka terbabit dalam kemalangan.

Anak sulung baru tamat pengajian

Dia reda dengan pemergian isteri dan anak mereka pada bulan Ramadan ini dan mengharapkan semua mereka di tempatkan di kalangan orang beriman.

Anak sulung saya (Fatin Najwa) baharu tamat pengajian di sebuah universiti swasta dalam bidang kejuruteraan dan dia dalam perancangan untuk memulakan kerjaya, namun apakan daya Allah SWT lebih menyayanginya dan menjemput mereka di bulan baik ini.

Anak bongsu saya (Mohamad Danish Najmi) juga sebelum ke Kuala Lumpur berpesan kepada saya untuk jagakan kucingnya dan memberi makan… kenangan ini yang tidak dapat saya lupakan sampai bila-bila.

Sementara itu, Superintendan Norzamri Abd Rahman berkata kenderaan tersebut terbabas ke kiri jalan dan melanggar bahagian hujung pembahagi jalan sebelum besi pembahagi jalan itu menembusi kenderaan.

Semua mangsa tersepit di dalam kereta dan berjaya dikeluarkan anggota bomba kira-kira jam 10 pagi. Ketika kejadian cuaca dalam keadaan baik dan jalan lurus menuruni bukit… siasatan lanjut masih diteruskan termasuk mengesan saksi kejadian

Sumber: BH Online

SKIP THIS AD ×