berita

Anak Tak Sah Taraf Sukar Dididik? Kisah Adik Angkat Pelik & Psycho… Seram!

August 24th, 2016 | by Ai
Kini Trending

coveradikangkat

Sesetengah orang mengambil anak angkat kerana tidak mempunyai anak sendiri, tidak kurang juga kerana ingin membantu orang lain dan menambah rezeki. Nak didik anak sendiri pun bukan senang, apatah lagi anak orang yang bukan darah daging sendiri.

Ada yang kata kalau anak tu anak tak sah taraf atau luar nikah, lagi berganda-gandalah cabaran untuk menjadikan dia ‘manusia’. Betul ke tak, wallahualam. Kisah yang dikongsikan ini mungkin ada kena-mengena, perihal seorang anak angkat berperangai abnormal. Apa yang dia buat memang tak padan dengan usia. Seram pun ada juga! Apa ceritanya?

Adik Angkat ‘Abnormal’

budak2

(Sekadar Gambar Hiasan)

Okey la aku ada 8 adik-beradik. Aku nombor 2… Tapi 6 atas semua lelaki… So sebab takde anak perempuan mak aku ambil anak angkat perempuan… Yang nombor 7 ambil bela. Dalam setahun lepas tu mak aku ambil lagi sorang. Korang mesti pelikkan camne senang je dpt anak angkat… Cerita dia mak aku ada kenal dengan bidan yang sambut baby lahir kat hospital. So mana anak yang tak sah taraf, yang mak mereka tak nak bela, yang ada konflik ke… Kawan mak aku ni akan cari lah sesiapa yang nak anak angkat..

Yang number tujuh tu kami rasa mcm adik kami sendiri… Tiada perbezaan langsung… Walaupun bukan darah daging kami… Yang number 8 ni la yang psychonya… Okey la aku cerita dari awal… Okey kita gelar adik aku yang number 7 ni A yang number 8 ni B… Masa B ni lahir, kawan mak aku tu puas call orang lain yang nak anak angkat tapi tak dapat… Last-last call mak aku dapat and kebetulan time tu mak aku memang tengah travel and lalu lah hospital tu… Macam memang ditakdirkan si B ni untuk dengan keluarga kami.. Mak aku pun fikir ambil jelah. Boleh si A tu buat kawan… Kalau tak, kesian dia seorang perempuan…

Si A ni dari kecil memang macam kanak-kanak biasa. Si B ni fizikal dia kecil je. Kalau si A dengan B sebelah-sebelah orang tak percaya beza setahun sebab si A tu macam kanak-kanak normal biasa… Si B ni semenjak kecil dia ni sangat mengada tak nak bertatih berjalan, dok mengesot je sampai kena paksa gila-gila baru lah nak berjalan… Macam-macamla perangai pelik dia.. Korang nak tahu tak si B ni masa tadika dia kena tukar sekolah sampai beberapa kali?

Nafsu Macam 15 Tahun!

Kisah dia camni… Parents aku memang agak sibuk bekerja. Jadi biasa petang dia duduk dengan adik-adik lelaki aku yang ada kat rumah.. Time tu aku dah duduk asrama.. Masa tu kan yang si B ni main lompat-lompat dari sofa ke lantai… Time tu dekat lantai tu ada bakul yang dah macam pecah jadi ada lah macam bucu… Jadi masa dia lompat, bahagian kemaluan dia mcm terkait sikit… So macam luka la… So masa tu dia pergi tandas nak buang air dia kata sakit… So mak aku bawa pergi klinik. Doktor kata ada luka sikit tapi bahagian luar bukan dalam… Tapi klinik tu nak refer hospital besar… Nasib baik ayah aku fikir panjang kata tak perlu bawa pergi hospital sebab benda sikit je… Rupa-rupanya ayah aku takut jadi kes polis.

Kan tadi aku ada cakap yang dia ni kecil je kan… So pada masa yang sama ketika dia buang air besar ntah macam mana dia boleh termasuk dalam mangkuk jamban duduk tu kaki dia mcm terkepak lah so lebam bahagian sensitif tu… Parents aku tak tahu pun.. Time tu dekat tadika si B ni suka tarik perhatian org… So dia ni cakap dengan cikgu nak buang air. Pastu dia kata sakit… Bila cikgu dia check ada kesan luka dan lebam, cikgu tanya dia kenapa dia tak nak cakap dan buat reaksi macam takut… So cikgu dia suspect mesti ada something bad happened dekat rumah…

Kelam kabut cikgu call mak aku suruh datang sebab kata ini boleh jadi kes polis… Seolah-olah adik-adik aku yang ada kat rumah rogol dia la… Berderau darah mak aku… Bila tanya punya tanya, baru dia cerita lebam sebab apa, luka sebab apa.. Selepas tu dia kena pindah ke tadika PASTI… Biar dia didedahkan sikit dengan agama ni… Kat PASTI pun lepas beberapa bulan ustazah dia jumpa mak aku cerita perangai si B ni… Dia kata si B ni baru 5 tahun tapi  bernafsu macam budak perempuan 15 tahun… Korang bayangkan masa dia kat sekolah… Ada macam abang-abang pelajar hantar atau ambil adik mereka yang handsome-handsome… Dia boleh cakap “Ee handsome nye mamat ni”… Pernah satu kali tu ustazah ni baru bertunang pastu dapat la beg tangan pemberian hantaran… Ustazah dia bawa, si B ni boleh tegur “Eee tak malu bawa beg tangan pula hari ni”.. Ustazah dia cakap kena hantar ke sekolah agama sebab perangai dia bukan macam kanak-kanak biasa…

Malas Belajar, Suka Mencuri

Mak aku bela adik-beradik takde pilih kasih mana pun… Semua sama rata. Tapi Semenjak kes yang dekat tadika lama ni mak aku memang benci gila dengan si B ni.. Sebab mak aku nampak dia boleh jadi fitnah dalam keluarga… So mak aku memang direct cakap kat B status dia anak angkat semua… Jadi si B ni pula dia suka mengadu domba mulut dia pun suka buat cerita bukan-bukan… Kau bayangkan si B ni dari kecik dia keletah bercakap takde pelat pun macam bebudak lain. Macam ada benda lain dalam badan dia..

Ni pula cerita dia masa dekat sekolah rendah… Masa awal-awal sekolah dia selalu buat perangai… Antara perangai dia… Dia suka paw-paw kawan… Bila kawan-kawan dah tak layan dia paw cikgu pula. Cikgu sampai kena mengadu kat ibu bapa aku.. Dia selalu cakap parents aku tak kasi duit lah… Masalahnya parents aku kasi… Bila cikgu kata nak jumpa parents aku dia kata parents aku busy, takde masa nak jumpa cikgu-cikgu semua… Padahal boleh je kalau nak jumpa, sampai lepas sekolah cikgu yang kena cari parents aku masa nak ambil adik aku… Time tu baru tahu semua benda sebab perangai si A dengan B ni jauh beza walaupun adik beradik… Pastu dekat sekolah dia macam tak nak belajar langsung. Ikut mood dia… Suka hati dia je nak pergi berjalan mana-mana sepanjang sesi P&P… Sampai pengetua tegur dia… Dia menjawab “Kau apa sibuk hal aku?” Korang bayangkan perangai dia yang camni sampai kaunselor pun malas nak layan and dia suggest kat parents aku bawa si B ni pergi psychologist sebab dia ni memang pelik dari kanak-kanak yang pernah kaumselor sekolah tu jumpa.

Si B ni juga kuat mencuri… Mak aku ni ada buat bisnes so beg tangan tu sentiasa ada duit. Dia selalu mencuri.. Sekali dia ambil note RM50… Mak aku kekadang perasan gak duit short.. Tapi mungkin ada pakai duit tak perasan… So mak aku diam kan la sampai cikgu call mak aku cakap dia bawa RM50… Mengamuk gila mak aku… Pastu semenjak haritu mak aku larang dia naik tingkat atas rumah ni… Dia kena duduk bawah. Tapi bila malam dia akan tidur dalam bilik mak aku, dia still buat lagi kerja tu… Yang peliknya malam gelap dan dia tahu camne nak curi dari beg tangan mak aku and curi nilai yang besar, macam ada benda yang guide dia… Kantoi lagi sekali memamg teruk mak aku mengamuk…Duit aku pun dia pernah curi gak… Dia ambil duit dari tabung aku senyap-senyap. Masa tu tabung aku penuh duit syiling. Yang besar je dia ambil. Yang 50 sen… Geram gk aq masa tu… Naik angin.

Tahi Bersepah Tanda Protes!

Kan mak aku denda dia kena duduk bawah kan? So rumah aku ni TV semua kat atas jadi kat bawah tu memang takde org sangat. Korang nak tahu apa dia buat? Selepas beberapa minggu kitorang macam ada bau masam tau dekat rumah… So kitorang fikir maybe ada stokin busuk ke ape.. So kebetulan time tu nak raya mak aku time tu outstation so dia pesan kat ayah aku, karpet kat rumah tu angkat gi hantar cuci… Korang tau tak apa yang kitorang jumpa dekat bawah karpet? Kitorang jumpa tahi… Korang bayangkan TAHI bukan satu spot tapi banyak gila… Bukak laci yang kosong ada tahi… Dekat langsir ada kesan dia lap tahi dia… Time tu memang menyumpah gila… Setiap sisi karpet ada tahi… Rupanya bau masam yang kitorang hidu tu dari tahi dia bawah karpet… Tu tanda dia nak protes. Sebab kena denda dengan mak aku… Time tu mengucap lah banyak-banyak… Korang boleh fikir talk wajarkah tindakan budak yang berusia 8 tahun camni? Macam ada benda jahat kan yang pengaruh dia?

Ada gak time tu mak ayah aku pergi overseas… And abg-bang dia dekat asrama… So adik-adik aku ni mak aku hantar tinggal dekat rumah jiran dengan kawan-kawan dia suruh jaga. Korang bayangkan semua cakap kalau nak hantar jaga A diorang sanggup… Tapi kalau B diorang tak sanggup… Perangai si B ni macam ada orang tua dalam badan dia, jiran aku cakap…

Panjang pulak cerita aku… Sebenarnya banyak lagi perangai pelik dia yang kalau aku cerita korang akan kata pelik dan macam cerita ni cerita rekaan sebab adik aku tu sekarang baru darjah 3… Tapi perangai dia haih…

Okey la lama-lama mak aku dah tak tertahan mak aku cuba bawa pergi berubat. Ada la sorang tu… Boleh kata handal…Mak aku berubat tak bawa pun adik aku.. Just bagitahu nama… Orang yang berubat tu marah mak aku… Dia kata kenapa ambil si B jadi anak angkat? Si B ni pembawa bala dalam keluarga… Dia siap gelakkan mak aku… Tukang ubat tu dia siap boleh cerita dengan detail yang kami ambil dia kat hospital mana… Mak ayah dia siapa… Ayah dia buat apa… Mak dia pun… Padahal mak aku tak cerita pun semua tu…

Tukang ubat tu kata dekat dalam bdn adik aku ada dua benda. Satu, nenek tua. Masa dia baru lahir memang dah ada…Tak tau lah saka dari turun temurun ke… Lagi satu jembalang… Time tu kawasan rumah aku hujan lebat petir menyabung dia datang… Kita mana la nak perasan kan… So perangai dia yang pelik-pelik ni ‘benda-benda’ tu la yang ajar… Tukang berubat tu ada la bagi cara-cara berubat tapi bukan la dengan cara yang bukan2… Dia siap kata kalau berubat tak berubah, bawa adik aku jumpa dia… Dia nak berbual dengan benda dalam badan si B tu… Tapi selepas berubat tu nampak la perubahan sikit… Alhamdulillah… Kepada sesiapa yang baca ni… Doakan lah yang baik-baik…Doa supaya adik aku si B ni jadi seperti kanak-kanak normal yang biasa ye. Thank you… Yang mana kata nak kata cerita aku ni rekaan percaya lah ni semua dari kisah benar… Yang aku alami sendiri.

Sumber: IIUMC

SKIP THIS AD ×