berita

Anak Tidak Boleh Berdiri Stabil, Lagi Kes Pengasuh Dari Neraka. Kejam!

June 29th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Hati ibu mana yang tidak luluh apabila melihat anak yang dikandung selama 9 bulan diperlakukan sesuka hati dengan kekerasan yang tidak tercapai dek akal. Geram kami melihat foto dan video yang dikongsi ibu ini.

Anaknya disyaki didera oleh pengasuh sendiri sehingga tidak mampu berjalan dengan baik. Kesiannya.

Didera pengasuh

Assalamualaikum..
Anak saya telah disyaki didera oleh pengasuh. Laporan polis telah dibuat. Anak saya telah dimasukkan ke wad Hospital Selayang selama 4 hari. Dia telah cedera di bahagian mulut, benjol di belakang kepala (selepas benjol surut ada kesan lecur), lebam di pipi, kesan di telinga, leher serta luka di kaki.

Anak trauma

Anak saya telah trauma selepas kejadian ini. Suspek telah melarikan diri. Lokasi terakhir Selayang Baru. Sehingga hari ini masih belum ditemui. Sesiapa yang ada terjumpa harap dapat menghubungi pihak polis. Harap suspek dapat ditemui sebelum orang lain lagi jd mangsa. Semoga nasib anak sy terbela.
Kejadian berlaku : 26/4/2018.

Lagi bukti didera

Didera teruk

Tidak boleh berdiri stabil

Sumber : Iqa Atiqah

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×