Sekadar gambar hiasan
Seorang wanita di Mexico dilaporkan maut selepas dipercayai cuba mengangkat barbell seberat 180 kilogram di Gym Fitness Sport pada Isnin yang lalu (21/2/2022).
Kejadian tragis
Foto: Daily Star
Memetik laporan Daily Star, wanita yang tidak didedahkan identitinya dihempap barbell dan menerusi satu video dapat dilihat seorang lelaki yang memakai singlet berwarna hitam sedang mengalihkan plat pemberat sebelum mangsa cuba mengangkatnya.
Bagaimanapun, mangsa dikatakan tidak terdaya menahan ‘beban’ tersebut dan barbell itu terjatuh pada lehernya sehingga menyebabkan dia meninggal dunia di tempat kejadian.
Susulan daripada itu, seorang lelaki dan wanita lain segera membantu mangsa dengan mengalihkan berbell yang tersepit pada lehernya namun semuanya sudah terlambat.
Mangsa dikatakan berusia antara 35 hingga 40 tahun dan anak perempuannya sangat terkesan dengan insiden hitam tersebut serta menerima sokongan psikologi. Siasatan telah dilakukan dan pemilik gimnasium telah ditahan bagi mengesahkan identiti mangsa.
Sumber: Daily Star