Anak kepada bekas jurulatih bola sepak kebangsaan Datuk Zainal Abidin Hassan iaitu Mohd Zaiza meluahkan rasa syukur apabila mendapat hak jagaan interim anak susulan kes hadanah yang difailkan oleh bekas isterinya, Suzur Sofia.
Artikel Berkaitan: Suzur Sofia Dakwa Diserang Sekumpulan Lelaki Hingga Cedera – ‘Niat Mereka Mahu Menculik Anak Saya?’
Artikel Berkaitan: ‘Aku Culik Anak? Tak Ada Kaitan Jangan Masuk Campur. Habis Rosak Kereta Aku Kau Panjat…’ – Suzur Sofia
Syukur Alhamdulillah
Menerusi perkongsian di Instagram, Zaiza dilihat memuat naik sekeping foto bersama peguam syarie yang mewakilinya di mahkamah.
Menurut Zaiza, mahkamah telah mengeluarkan perintah bahawa hak jagaan interim diberikan kepadanya sebagai bapa kandung manakala hak lawatan diberikan kepada bekas isteri.
Syukur Alhamdulillah Ya Allah. Bekas isteri sebelum ini yang telah memfailkan hak jagaan untuk anak, dan keputusan hari ini Mahkamah telah Keluarkan Perintah Untuk Hak Jagaan Interim Anak di berikan kepada saya sebagai bapa kandung.
Ibu diberikan hak lawatan dan bermalam. Amin. Terima kasih banyak kepada akak-akak lawyer saya yang menguruskan kes hadhanah saya..#kononygpalingteraniaya.
Berikutan daripada posting tersebut, netizen turut tertanya-tanya mengenai tanda pagar yang ditulis oleh Zaiza di ruangan kapsyen. Ujar netizen, tanda pagar #kononygpalingteraniaya itu didakwa sengaja ditujukan kepada bekas isterinya.
Sumber: Zaiza