berita

Ancam & Ganggu Penumpang Pesawat MH122, Lelaki Ditahan Polis

August 15th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Pesawat MH122

Penerbangan pesawat Malaysia Airlines MH122 dari Sydney, Australia ke Kuala Lumpur tergendala apabila kesemua kru dan penumpang diancam oleh seorang lelaki pada tengahari Isnin.

Artikel Berkaitan: Kepulangan Jenazah #MH17, Selebriti Malaysia Turut Berkabung

Terpaksa berpatah balik

Pesawat MH122

Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan The Sydney Morning Herald, kejadian tersebut telah menyebabkan pesawat itu tersebut terpaksa berpatah balik semasa berada di New South Wales sebelum mendarat semula di Lapangan Terbang Sydney.

MAS dalam satu kenyataan yang dibuat kepada The Sydney Harold memaklumkan bahawa keputusan untuk berpatah balik itu dibuat bagi memastikan keselamatan anak kapal terjamin.

Pesawat itu membawa 194 penumpang dan lima anak kapal selamat mendarat jam 3.47 petang (waktu tempatan).

Keselamatan dan keselesaan kru serta penumpang kami adalah paling penting bagi Malayisa Airlines.

Lelaki ditahan polis

Pesawat MH122

Dalam pada itu, suspek yang merupakan seorang lelaki berjaya ditahan pihak polis susulan kejadian itu.

Difahamkan, setibanya di lapangan terbang, pesawat tersebut terpaksa diparkir jauh dari terminal dan pesawat lain sementara menunggu pihak berkuasa tiba untuk bertindak balas terhadap kejadian itu.

Kesemua 194 penumpang bersama lima kru kemudiannya terpaksa menunggu selama tiga jam di dalam pesawat sebelum penahanan suspek yang berusia 45 tahun berjaya dibuat tanpa berlakunya sebarang pergelutan.

Individu itu akan didakwa pada malam ini (Isnin). Tiada ancaman serius kepada komuniti.

Sementara itu, perbuatan ancaman suspek juga telah menyebabkan sekurang-kurangnya 50 penerbangan keluar dan masuk terpaksa ditunda.

Terdahulu, tularnya rakaman video yang menunjukkan insiden mencemaskan itu di dalam pesawat MH122.

Suspek dilihat memarahi kru sambil cuba ditenangkan oleh beberapa kru penerbangan.

Video

Sumber: The Sydney Morning Herald, Twitter

SKIP THIS AD ×