Kumpulan indie popular tanah air iaitu Hujan tidak perlu lagi diperkenalkan pada hari ini. Sudah lebih 1 dekad berkecimpung dalam industri hiburan tanah air, populariti kumpulan ini dilihat semakin melonjak naik dengan sokongan padu yang diberikan pengikut mereka meskipun telah melalui pelbagai kontroversi.
Terbaru, vokalis kumpulan itu iaitu Noh Salleh mendapat kecaman teruk daripada netizen apabila kelakuan ‘spontannya’ ini tidak disenangi selepas dianggap kurang sopan lebih-lebih lagi dalam statusnya yang bergelar seorang ‘haji’.
Tunjuk jari tengah
Menerusi satu posting yang dibuat di laman Instagram rasmi kumpulan Hujan, ahli kumpulan itu dilihat bergambar bersama penganjur selepas menganjurkan sebuah program.
Bagaimanapun, posting tersebut mendapat perhatian netizen selepas kelakuan Noh yang secara selamba menunjukkan jari tengahnya tidak ‘digemari’ kerana dilihat sebagai kurang sopan dan tidak bersesuaian dengan kapsyen pada hantaran posting berkenaan.
Netizen kecam
Susulan daripada kelakuan bersahaja yang ditonjolkan penyanyi itu, rata-rata netizen meninggalkan komen negatif pada posting berkenaan dan meluahkan rasa kurang senang mereka terhadapnya.
Ada dalam kalangan netizen menganggap perbuatan Noh itu tidak bersesuaian dengan statusnya yang bergelar seorang ‘haji’ malah mereka juga turut meminta supaya suami kepada Mizz Nina ini agar lebih sensitif dan menjaga perilakunya selepas ini.
Sumber: Instagram hujanband