Di Instagram, pelakon Puteri Balqis mendedahkan ibunya pernah dituduh sebagai penagih dadah selain digelar pelacur oleh kru produksi suatu masa dahulu.
Artikel Berkaitan: Puteri Balqis Terpaksa Makan Ubat Atasi Trauma, Akui Masih Teringat ‘Kenangan’ Lalu
Mak masih ingat?
Menerusi beberapa hantaran yang panjang di media sosial berkenaan, Balqis bersikap lebih terbuka berkongsi kisah silam dia dan ibunya. Pelakon hebat itu turut mendedahkan mereka pernah menjadi mangsa seorang selebriti berpengaruh yang cuba mengambil kesempatan di atas kesusahan yang dihadapi.
Ujar Balqis, selebriti berkenaan mahu menggunakan mereka sebagai content di media sosial dan hanya menawarkan RM5,000 dengan syarat dia perlu berlakon menjadi susah dan mengikut semua arahan yang telah ditetapkan.
Di akhir perkongsian, Balqis memberi pesanan buat seseorang yang dipercayai begitu istimewa di hati ibunya. Jelas Balqis, dia berharap lelaki tersebut dapat menjaga dan memberi kasih sayang kepada ibunya.
Sumber: Puteri Balqis