Penyanyi, Andi Bernadee memaklumkan bahawa sedang dalam proses untuk sembuh dari masalah tonsil yang dihadapinya sebelum ini.
Artikel Berkaitan: Sukar Untuk Bernafas, Andi Bernadee Terpaksa Jalani Pembedahan Buang Tonsil
Artikel Berkaitan: Tak Nak Sejarah Raya ‘Last Minute’ Berulang, Andi Bernadee Beli Tiket Balik Kampung Awal Dua Hari
Jalani pembedahan
Andi atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangile berkata dia mengalami masalah tonsil ketika berada di set penggambaran semasa bulan Ramadan yang lalu sehingga dia perlu menjalani pembedahan.
Alhamdulilah segalanya okay dah tapi saya tak balik raya. Saya kena masa dekat set masa tu tengah puasa, tak ada air dan cuaca tengah panas jadi tonsil ni dah buatkan ruang bernafas saya tertutup.
Malam memang saya tak dapat tidur. Selama sebulan saya keluar masuk keluar masuk hospital tiga kali. Bengkak, surut dan perlu lakukan pembedahan tapi saya kena jangkitan lagi sekali.
Jadi jangkitan tu yang buatkan saya kena demam yang teruk sampai suhu cecah 41.2C, menggigil dan masuk hospital balik.
Andi berkata demikian ketika ditemui OhBulan! di sidang media Viu Journal Sara-Heyo pada Khamis.
Dalam pada itu, penyanyi berusia 31 tahun ini berkata dia kini masih dalam proses penyembuhan dan ada beberapa perkara yang perlu dielakkan untuk memastikan masalah tonsil tidak kembali lagi.
Saya sekarang dalam 90 peratus proses untuk pulih belum pulih sepenuhnya, tak boleh kerja dalam keadaan panas sangat, tak boleh makan pedas, tak boleh minum air soda.
Bagaimanapun, pelantun lagu Satu Peluang ini berkata dia tidak mengalami sebarang masalah untuk bernyanyi kerana masalah tonsil tidak mengganggu peti suaranya.
Tak ganggu vocal, suara masih sama lagi.