Pempengaruh Andika Putera memaklumkan dia dan Ananda Natasha telah menyelesaikan urusan yang difahamkan membabitkan rumah tangga mereka di mahkamah, hari ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Didakwa Tak Pandang Muka & Hargai Pengorbanan Bekas Isteri, Ini Respons Andika Putera
Artikel Berkaitan: ‘Bukan Bini Baru, Dia Adalah Kakak Kandung Saya’ – Andika Putera
Beri kerjasama
Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, kelihatan Andika bersama Natasha berada di perkarangan mahkamah syariah lalu merakam foto bersama.
Dalam masa yang sama, Andika turut memuji bekas isterinya yang memberi kerjasama kerana mempermudahkan urusan mereka.
Hari ini, selesailah segala urusan kami di mahkahmah.
Alhamdulillah Tasha seorang yang memberi kerjasama hebat dalam urusan ini.
Pemilik nama penuh Muhamad Andika Putera Salleh itu juga memohon agar pengikutnya mendoakan kesejahteraan mereka.
Doakan kami, doakan segala kebaikan untuk Alisha Puteri.
Dalam pada itu, tinjauan OhBulan! mendapati Natasha turut memuat naik hantaran yang sama di Instagram (IG) miliknya.
Alhamdulillah selesai dah semua urusan, terima kasih Andika dah jadi suami terbaik selama empat tahun lepas.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberi kata-kata semangat kepada Andika dan Natasha agar mereka tabah menjalani ujian perpisahan.
Selain itu, mereka juga mendoakan serta berharap agar hati Andika dan Natasha dapat bertaut kembali.
Sesungguhnya perceraian itu sangat menyakitkan tapi kalau itu yang terbaik berdamailah dengan takdir. Semoga baik-baik sahaja buat Dika dan Tasha. Amin.
Sedihnya semoga dipermudahkan segala urusan korang berdua. Insya-Allah, ada jodoh berjumpa kembali dalam versi yang terbaik. Ujian yang hebat untuk orang yang hebat.
Semoga dipermudahkan segala urusan. Berpisah tapi masih berbaik, sama-sama jaga air muka, tanpa perlu orang tahu.
Terdahulu, meskipun Andika dan Natasha tidak menyatakan secara terperinci tentang status perhubungan mereka namun rata-rata warganet mendakwa pasangan itu telah berpisah selepas mereka jarang dilihat bersama.
Sumber: TikTok Andika Putera