Kalau Farid Kamil menghadiahkan gitar kepada isterinya sebagai hadiah hari lahir, lain pula ceritanya dengan pasangan selebriti Hollywood, Brad Pitt dan Angelina Jolie.
Untuk pengetahuan anda, Angelina Jolie dilaporkan telah membeli sebuah pulau berbentuk hati khas untuk ulang tahun kelahiran pasangannya itu.
Aktres itu dikatakan telah membeli Pulau Petra yang terletak 50 batu dari bandar New York dengan nilai US$24 juta (RM77 juta) selepas mendapat tahu pulau tersebut sedia untuk dijual.
Menurut sumber dari portal The Mirror, rumah yang dibina di atas pulau tersebut sesuai dijadikan tempat persinggahan untuk percutian romatik pasangan itu dan keluarga mereka.
Pulau eksklusif dengan keluasan 11 ekar itu turut dilengkapi helipad dan akan menjadi salah satu hadiah bermakna buat Brad Pitt yang bakal mencecah usia 50 tahun pada 18 Disember akan datang.
Bagaimanapun, ini bukan kali pertama Angelina Jolie memberi hadiah unik kepada kekasihnya di mana pada tahun 2011, aktres itu telah membeli air terjun di California untuk ulang tahun kelahiran Brad Pitt ke-48.