Pelakon dan pelawak Angeline Tan menyatakan dia masih belum sempat memasuki mana-mana kelas atau kursus agama untuk mendalami lebih lagi ilmu tentang Islam.
Artikel Berkaitan: Angeline Tan Sarung Gaun Kahwin Bernilai RM100,000! Sepakat Dengan ‘Designer’ Beri Nama ‘Bai He’ Yang Bermaksud Bunga Lili Atau Hidup Seratus Tahun
Artikel Berkaitan: Angeline Tan Perlu Habiskan Watak Tidak Bertudung – ‘Saya Terima Kerja Itu Sebelum Peluk Islam, Harap Orang Faham’
Belum masuk kelas agama
Ketika ditemui OhBulan!, Angeline berkata, buat masa ini dia hanya merujuk dan meminta pandangan daripada beberapa para ilmuan Islam dan suaminya iaitu pengarah dan aktor, Sabri Yunus.
Selama ini yang tunjuk ajar saya tentang Islam adalah Sabri, dia adalah ustaz saya. Dia banyak bimbing saya.
Tapi saya masih belum betul-betul pergi kursus agama, selama ini saya belajar tentang Islam dari Sabri, Dr Maza (Mufti Perlis) serta ustaz-ustaz lain yang saya kenal.
Mereka semua banyak beri ilmu kepada saya dan saya kutip semua ilmu itu. Sabri juga sentiasa ada masa untuk terangkan kepada saya mana-mana perkara yang kurang pasti. Buat masa ini saya belajar dengan ustaz Sabri Yunus.
Sementara itu, menurut Sabri, dia berpendapat memasuki kelas agama sebagai fasa kedua selepas isterinya memeluk Islam. Ini kerana, fasa yang lebih utama adalah bagaimana hati Angeline terbuka untuk menerima Islam.
Saya fikir pergi kursus agama ini adalah fasa kedua, fasa pertama hati dia harus menerima Islam itu bagaimana. Kemudian fasa kedua baru pergi kelas dan kursus, termasuk fardhu ain dan kifayah.
Sebelum ke kursus dia sendiri harus memahami konsep beragama itu sendiri.
Untuk info, Sabri dan Angeline selamat diijabkabulkan oleh Mufti Perlis iaitu Dr Maza dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Perlis pada 14 Oktober yang lalu.
Sekadar info, Sabri dan Angeline mula berkenalan semasa menjayakan sitcom Pi Mai Pi Mai Tang Tu pada tahun 1992.