berita

Angeline Tan Perlu Habiskan Watak Tidak Bertudung – ‘Saya Terima Kerja Itu Sebelum Peluk Islam, Harap Orang Faham’

November 7th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Angeline Tan

Pelakon dan pelawak Angeline Tan menjelaskan masih ada beberapa watak yang menuntutnya menanggalkan tudung meskipun dia kini dalam fasa menyesuaikan diri dengan imej berhijab.

Artikel Berkaitan: Angeline Tan Sarung Gaun Kahwin Bernilai RM100,000! Sepakat Dengan ‘Designer’ Beri Nama ‘Bai He’ Yang Bermaksud Bunga Lili Atau Hidup Seratus Tahun

Artikel Berkaitan: ‘Aunty Angeline Penyayang & Tidak Fake’ – Anak Sabri Yunus Gembira Bapa Tamatkan Zaman Duda Selepas 16 Tahun

Watak tak bertudung

Angeline Tan

Ketika ditemui OhBulan!, Angeline atau nama Islamnya Ardini Angeline berkata, watak yang dimaksudkan itu telah ditawarkan kepadanya sejak sebelum dia memeluk Islam.

Kata Angeline, dia perlu menyelesaikan kerjanya itu seperti yang sudah dijanjikan dengan pihak pengarah.

Saya masih berlakon, kerja saya masih teruskan macam biasa. Saya masih belajar tentang akhlak dan masih ada kerja belum selesai. Biar saya selesaikan dulu.

Saya memang ada watak yang meminta untuk buka tudung, sebabnya watak dan kerja itu saya terima sebelum saya peluk Islam lagi dan berkahwin dengan Sabri.

Malah ketika saya ingin peluk Islam, saya tidak merancang pun untuk memakai tudung, selepas peluk Islam, saya melihat dan belajar sendiri untuk pakai tudung.

Jadi apa yang sudah saya janji dengan pengarah tentang watak tidak bertudung itu, saya perlu buat.

Justeru, isteri kepada pengarah dan pelakon Sabri Yunus itu berharap orang ramai memahami situasinya dan tidak berasa terkejut sekiranya melihat dia tidak berhijab.

Saya percaya netizen sangat baik dan faham keadaan saya. Saya pasti juga mereka akan memahami dan beri ruang kepada saya ketika saya bekerja.

Saya juga harap orang tidak campur ‘Angeline Tan’ dengan watak. Saya minta sangat-sangat orang memahami lah saya bekerja.

SKIP THIS AD ×