Isu rumah tangga pasangan selebriti Indonesia, Rizky Billar dan Lesti Kejora ternyata mencuri perhatian umum sejak Lesti tampil membuat laporan polis dengan mendakwa dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Artikel berkaitan: Tidak Hadir Ke Infotainment Awards 2022, Rizky & Lesti Menang Kategori ‘Best Couple’
Artikel berkaitan: Bayi Lelaki Tak Setampan Suami, Penyanyi Dangdut Indonesia Luah Rasa Kecewa
Terbaru, penyanyi lagenda Indonesia iaitu Hetty Koes Endang meluahkan rasa sedih sebaik sahaja mendengar berita mengenai keretakan rumah tangga pasangan itu.
Anggap macam anak sendiri
View this post on Instagram
Menurut Hetty, dia sudah menganggap Lesti sebagai anak kandungnya sendiri. Oleh itu, dia berharap pelantun suara ‘Kejora’ itu kuat dan tabah menghadapi dugaan yang datang.
Perlu kuat dan sabar. Sedih Bubun (Hetty) mendengar khabar keadaan kamu. Ketika ini Bubun masih di Kuala Lumpur sebagai juri Gegar Vaganza malam ini. Bubun sayang kamu dan sudah anggap kamu macam anak.
Selain menitipkan kata-kata semangat, Hetty turut berkongsi sebuah rakaman video saat dirinya menghadiri majlis perkahwinan pasangan tersebut. Terdahulu, beberapa penyanyi Indonesia seperti King Nassar turut memberi semangat buat Lesti dan berharap pasangan tersebut dapat menyelesaikan segala masalah dengan cara yang baik.
Sumber: Hetty Koes Endang