berita

Anggap Tiada Rezeki, Raffi Ahmad Tak Jadi Tunai Haji – ‘Mungkin Akan Pergi Tahun Hadapan’

June 15th, 2023 | by Wani
Kini Trending

Pelakon Raffi Ahmad memaklumkan bahawa hajatnya untuk menunaikan ibadah haji bersama isteri dan ibu bapanya tidak kesampaian oleh kerana beberapa sebab yang dianggap tiada rezeki.

Artikel Berkaitan: Raffi Ahmad Mengaku Bosan Hidup Terlalu Kaya

Artikel Berkaitan: Kantoi Video Call Dengan Bekas Pekerja Dalam Bilik, Raffi Ahmad Dituduh Curang?

Artikel Berkaitan: Dituduh Cuci Wang Sampai Mampu Beli Rumah RM29 Juta & Nafkah Isteri RM50k Sebulan, Ini Respon Raffi Ahmad

Tiada rezeki

Menerusi laporan Detik Hot, Raffi atau nama penuhnya Raffi Faridz Ahmad memaklumkan bahawa dia pasti sepenuhnya hajat untuk ke Mekah tidak dapat dilakukan tahun ini.

Ayah kepada dua orang cahaya mata itu menerima takdirnya yang belum berpeluang untuk ke sana.

Saya pasti 99 peratus yang kami tidak dapat melakukan ibadah haji pada tahun ini.

Tiada masalah untuk tidak berangkat ke sana untuk tahun ini. Sepertinya terburu-buru untuk tahun ini.

Tambah pelakon berusia 36 tahun itu, segala persiapan telah disiapkan untuk berangkat ke Mekah.

Pelakon kelahiran Indonesia itu turut memaklumkan bahawa dirinya sibuk dengan jadual kerjanya ketika ini.

Walau bagaimanapun, Raffi berharap agar dapat menunaikan haji bersama keluarganya pada tahun hadapan.

Sumber: Detik Hot

SKIP THIS AD ×