Pelakon dan pengacara Raffi Ahmad kini sedang bercuti bersama isteri, Nagita Slavina dan anak-anak. Di saat sedang berseronok bersama keluarga, viral video yang mendakwa Raffi sedang menjalin hubungan sulit.
Artikel Berkaitan: Bagi Duit Belanja RM58,000 Sebulan, Raffi Ahmad Puji Isteri Tak Boros
Artikel Berkaitan: Raffi Ahmad Mengaku Bosan Hidup Terlalu Kaya
Kantoi video call dalam bilik
Memetik laporan Intipseleb, khabar angin mula tersebar selepas Raffi dilihat melakukan panggilan video dengan seorang wanita memakai tudung yang disyaki Mimi Bayuh di dalam bilik.
Raffi dilihat memakai baju berwarna hitam dan memegang telefon bimbit sambil sedang membuat panggilan video.
Dalam rakaman itu, wanita terbabit dilihat memakai pelitup muka dan memegang anak kecil.
Tindakan itu membuatkan netizen mula mengesyaki Raffi berlaku curang dengan Nagita.
Difahamkan, Mimi Bayuh adalah bekas pekerja Raffi dan sebelum ini mereka pernah dilihat berduaan di sebuah pesawat.
Sekadar info, Raffi berkahwin dengan Nagita sejak tahun 2014. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Rafathar Malik Ahmad dan Rayyanza Malik Ahmad.
Sumber: Intipseleb