Isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor kembali menjadi sebutan apabila diminta ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi ini bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes SRC International Sdn Bhd.
Namun, netizen lebih teruja bukan mengenai siasatan itu, namun beg yang yang dibawa bekas wanita pertama berkenaan.
Netizen berteka-teki beg Rosmah
Rosmah tiba di SPRM pada jam 10.43 pagi menaiki Mercedez dari rumahnya di Taman Duta, Kuala Lumpur, tanpa kehadiran polis pengiring. Netizen meluahkan rasa tidak sabar dan ingin tahu mengenai beg yang dibawa wanita itu di Twitter.
Hadir ditemani anak perempuan
Cepat netizen ‘buat kerja’
Hasil ‘siasatan’ netizen, didapati beg yang dibawa Rosmah adalah berjenama Gianni Versace Demetra dengan anggaran harga RM5 ribu.
Dalam serbuan polis beberapa minggu lalu, 284 kotak berisi beg tangan mewah jenama Hermes dan Birkin dirampas dari kondominium Pavilion Residence milik anak bekas perdana menteri itu. Turut dirampas ialah 72 beg berisi wang tunai pelbagai mata wang asing, barangan kemas, jam tangan serta barangan berharga lain.
Sumber: Twitter