berita

Angka Kontrak Astro Adalah P&C, Zizan Razak Masih Pegang Saham Terbesar Wirefame

May 16th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

zizan

Awal minggu lalu, pihak media dikejutkan dengan pengumuman daripada pihak Astro bahawa pelawak terkemuka tanah air, Zizan Razak kini merupakan artis di bawah pengurusannya.

Bagaimanapun, pengumuman yang dilakukan itu sekaligus telah mengundang persoalan adakah syarikat pengurusan yang dimiliki olehnya, Wirefame Entertainment mengalami kepincangan sehinggakan dia mahu berada di bawah pengurusan yang lain.

Zizan ketika ditemui di ‘Sidang Media Pelancaran Tiga Swagger dan Hanarose’ memberitahu bahawa dia masih masih lagi kekal sebagai pemilik saham terbesar syarikatnya iaitu sebanyak 70%.

zizan Zizan Razak tidak boleh jawab soal nilai kontrak

“Saya ada 70% atas company itu dan saya tak boleh keluar. Cuma sekarang saya diuruskan oleh Astro yang saya percaya boleh uruskan karier saya dengan baik.

Tapi, saya tak boleh nak jawab soal nilai kontrak yang ditawarkan kerana ianya adalah merupakan private and confidential.”

Apabila ditanya adakah dek kerana nilai kontrak yang lumayan itu yang membuatkan Zizan mahu mengubah angin, Zizan berkata bahawa dia sebenarnya fokus kepada soal pengurusan kariernya yang baik, bukan kerana duit semata-mata.

Kontrak mula berkuatkuasa pada hari ini (16 Mei 2014), Zizan turut menambah bahawa kontrak tersebut juga memberi kelonggaran untuknya berkhidmat di stesyen televisyen swasta yang lain.

Bagaimanapun, Zizan turut memberitahu bahawa sebagai pengarah syarikat Wirefame, ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan demi kelangsungan syarikat miliknya itu.

Pelancaran Single Cat Farish & Tiga Swagger (artis zizan, echa, hanarose)-17

Zizan bakal berlakon bersama Emma Maembong dalam drama Hantu Selfie

Dalam pada itu, Zizan juga kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama terbarunya, Hantu Selfie yang diarahkan oleh Michael Ang.

Apa yang lebih menarik, Zizan bakal bergandingan dengan kekasihnya, Emma Maembong dalam drama tersebut. Pasti menarik bukan apabila dapat melihat pasangan sejoli ini bergandingan dalam layar perak!

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×