berita

Fesyen Yuna Zarai Disamakan Dengan Kartun Barney & Friends. Seriously?

July 22nd, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

yuna2

Jika anda masih ingat lagi, Yuna Zarai pernah diselar kerana didakwa mengenakan pakaian yang terlampau jarang sehinggakan menampakkan pusatnya.

Bagaimanapun, Yuna menafikan hal itu dan menegaskan bahawa foto tersebut telah diedit semula oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Artikel Berkaitan: Elak Orang Ramai Bertelagah, Yuna Zarai Tarik Semula Foto Nampak Pusat

Ingatkan isu berkenaan baju seksi berakhir di situ saja. Namun, telahan kami ternyata salah apabila sebuah forum kini sedang hangat memperkatakan tentang baju ungu ketat Yuna yang disamakan dengan karakter kartun Barney & Friends. Eh. Yeke sama?

yuna barnie and friends

Baju ungu Yuna disamakan dengan karakter kartun Barney & Friends

Pertama kali tampil sebagai covergirl majalah Cosmopolitan, nampaknya baju yang dikenakan oleh Yuna tidak begitu disenangi oleh para netizens.

Seperti kebiasaan, mereka mempersoalkan tentang imej daring Yuna yang dilihat tidak bersesuaian dengan penampilannya yang berhijab.

yuna1

Antara komen yang diajukan oleh para netizen

Namun, di sebalik lambakan kritikan yang diterimanya, ada juga yang menggemari busana ungu tersebut dan mengatakan Yuna tampak lebih anggun dan matang.

Apapun, setiap orang mempunyai pendapat dan hujah masing-masing. Mana yang buruk kita tegur, mana yang baik kita jadikan tauladan.

Yang paling penting adalah cara kita membuat teguran itu, sama ada ia merupakan satu teguran yang membina ataupun sekadar kritikan kosong yang menjatuhkan. Jadi, anda di kelompok yang mana satu ya?

Kredit foto: Instagram Yunalis Zarai

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×