berita

Angkara Bigo Live, Ramai Gadis Jadi Mangsa Rogol ‘Datuk’

January 17th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Pelbagai taktik atau helah yang digunakan oleh perogol untuk perangkap mangsa semata-mata bagi memuaskan nafsu mereka. Malah, helah yang digunakan mereka itu tanpa kita sedar dek kerana dibelai kata-kata manis sehingga membuatkan ramai mangsa terpedaya.

Seperti laporan yang dipetik dari Harian Metro ini, seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai ‘Datuk’ ditahan di Kajang selepas aktivitinya itu dihidu pihak polis.

Menawar pekerjaan sebagai pembantu peribadi

‘Datuk’ itu telah menawarkan pekerjaan dengan gaji lumayan pada gadis bawah umur sebelum bertindak merogol mangsa. Suspek turut menggunakan aplikasi Bigo Live bagi mendapatkan mangsa.

Ketua Polis Daerah Kajang iaitu Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof melaporkan pihaknya menerima laporan daripada pelajar sekolah yang berusia 14 tahun memaklumkan dirogol lelaki berkenaan di rumah kedai di Bandar Baru Bangi.

Mangsa memaklumkan dia mengenali suspek pada awal Januari lalu melalui aplikasi ‘Bigo Live’ dan memperkenalkan diri sebagai ‘Datuk.’

Sejak itu, mangsa sering berhubung dengan suspek melalui aplikasi itu dan lelaki berkenaan menawarkan peluang pekerjaan sebagai pembantu peribadi.

Tawaran gaji lumayan

Pihak polis turut percaya bahawa aktiviti dan helah sebegini telah lama digunakan suspek bagi memperdayakan mangsa melalui aplikasi Bigo Live.

Kami percaya suspek terbabit dengan beberapa kes rogol lain dengan menggunakan modus operandi sama iaitu memerangkap mangsa melalui tawaran kerja sebagai pembantu sambilan dengan gaji lumayan.

Setakat ini, kami turut menerima satu lagi laporan berkaitan kes rogol membabitkan modus operandi sama pada 13 Januari lalu.

Kami menggesa mana-mana pihak yang turut menjadi mangsa rogol suspek supaya tampil dan membuat laporan polis untuk tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×