Siapa sangka sering menayang kemesraan dan keutuhan cinta di media sosial rupanya ada kesakitan yang perlu ditanggung oleh penyanyi dangdut Lesti Kejora.
Artikel Berkaitan: Leher Dipasang Pendakap, Lesti Kejora Masih Trauma Dipukul Rizky Billar
Artikel Berkaitan: ‘Lesti Kejora Ada Hubungi Saya Pada Malam Kejadian’ – Rossa
Angkut semua barang
Terbaharu, Lesti dilaporkan sudah mengangkat semua barang miliknya daripada rumah yang didiami bersama suami, Rizky Billar.
Dia keluar malam, dia tak ada di sini (Lesti). Kalau tak silap saya pada hari Ahad. Dalam pukul dua setengah petang, lori datang ambil barang.
Hanya ada pembantu, Lesti tak ada. Billar ada pada ketika itu, dia lihat proses barang diangkut,” kata jiran kepada pasangan itu.
Selain itu, tular tangkapan skrin yang memaparkan perbualan penyanyi berumur 23 tahun di aplikasi WhatsApp.
Lesti meminta pertolongan daripada individu itu untuk membantu dirinya mencari beberapa buah lori untuk memudahkan proses pindah rumah.
Ibadah umrah
Sementara itu, penyanyi tersohor Indonesia, Hetty Koes Endang yang merupakan kenalan rapat memberitahu dia menasihati Lesti untuk pergi umrah bagi menenangkan diri.
Difahamkan ibu kepada Muhammad Leslar Al-Fatih Billar sudah berlepas ke Tanah Suci bagi mengerjakan umrah.
Perkara itu dikongsikan oleh penyanyi dangdut, Tiara Marleen di Instagram (IG) yang memohon orang ramai untuk mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Lesti.
Mudah-mudahan selalu dalam lindungan Allah SWT.
Pada minggu lalu, Lesti mendakwa suaminya berlaku curang. Rizky dikatakan mula bertindak agresif dengan memukul dan menolak Lesti di atas katil sebelum mencekiknya sehingga wanita itu terjatuh di lantai.
Kes yang masih dalam siasatan pihak polis ini disiasat mengikut Pasal 44 Undang-undang No.23 Tahun 2004 tentang Penghapusan Keganasan Rumah Tangga (UU PKDRT). Jika disabitkan kesalahan, pelaku boleh dipenjara sehingga 15 tahun sekiranya mangsa mengalami luka berat ataupun meninggal dunia.
Terdahulu, Lesti Kejora dan Rizky Billar mendirikan rumah tangga pada 19 Ogos 2021 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar.
Sumber: Kompas.tv & Instagram @tiara_marleeen1 & merdeka.com