Pelakon Taufiq Hanafi mengakui dia sedang mengenal hati budi personaliti televisyen, Anim Ezati. Menurut Taufiq, dia mengenali Anim lebih rapat melalui adiknya sendiri.
Artikel Berkaitan: Anim Ezati & Suami Sah Bercerai
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Bahagia Aku Mungkin Bukan Dalam Perkahwinan Buat Masa Ini’ – Anim Ezati
Dia pandai ambil hati keluarga
Ketika dihubungi OhBulan! Anim seorang wanita yang pandai mengambil hatinya dan juga keluarga.
Saya kenal dia melalui adik. Adik saya dalam industri juga cuma dia di belakang tabir. Dari situ kami kenal dan berbual. Topik pertama kami cakap pasal sosial media. Masa itu kami sekadar borak biasa. Sebagai lelaki, saya kena mulakan dahulu untuk ajak dia lepak. Dari situ kami kenal antara satu sama lain. Sampai sekarang masih mengenali.
Berbicara mengenai tertarik, saya rasa ia subjektif. Saya seorang yang mengutamakan keluarga. Jadi dia sangat faham sebab dia ada keluarga juga. Dia pandai ambil hati keluarga saya. Saya jenis akan bagitahu keluarga kalau saya sedang mengenali sesiapa sahaja.
Disoal mengenai respon ahli keluarga, Taufiq hanya berkata ‘Alhamdulillah, semuanya baik-baik’.
Mereka rasa Anim seorang yang baik dan ada kriteria yang bagus. Keluarga saya suka cara pergaulan dia dengan orang tua. Semasa majlis kahwin adik saya, dia pandai ambil hati keluarga besar saya. Dia senang bergaul.
Berbicara mengenai fasa seterusnya, Taufiq berkata sudah pasti dia mengharapkan hubungan ini ke jenjang pelamin. Cuma buat masa sekarang, mereka masih belum berfikir mengenainya.
Semua yang jalin hubungan mesti nak ke jenjang pelamin. Buat masa sekarang kami tak decide. Baru nak kenal antara satu sama lain. Jodoh, ajal, pertemuan semua di tangan Tuhan yang boleh dilakukan hanya usaha sajalah. Masing-masing ada pengalaman pahit. Saya pernah bertunang dan dia pernah berkahwin. Jadi kami harus perbetul segala kesilapan yang lalu agar tidak berulang lagi. Biar kami betul-betul kenal.
Memang suka budak
Dalam pada itu, OhBulan! sempat bertanya adakah dia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang bapa seandainya hubungannya dengan Anim ke fasa seterusnya. Menurut Taufiq, dia seorang yang suka akan kanak-kanak.
Mula-mula macam biasa tak kenal. Lama-lama Alhamdulillah. Cuma penerimaan tak boleh cakap sebab budak-budak kita tak tahu macam mana tanggapan mereka. Anak dia mesra dengan saya. Kami boleh connect kalau pergi mana-mana majlis seperti sambutan hari jadi. Saya memang suka budak dan masih belajar. Anim banyak mengajar saya.
Maklumlah, saya tak pernah ada pengalaman jadi bapa atau bapa angkat. Selalu jaga anak buah sahaja. Itupun masa raya bila mereka balik. Jadi Anim banyak ajar dan bagi sokongan moral. Kalau tanya semua lelaki, takkan ada yang kata bersedia nak jadi bapa. Cuma kita akan belajar dan pikul tanggugjawab semua. Proses belajar itulah akan mematangkan seseorang lelaki dan dia akan sedar tanggungjawab dia.