Pelakon kacak Aniq Suhair meminta jasa baik semua pihak untuk memadam gambar dan video yang memperlihatkan dirinya berseluar pendek atau tidak menutup aurat.
Artikel Berkaitan: Tolak Permintaan Bapa Sambung Belajar Di Mesir, Aniq Suhair Mahu Buktikan Boleh Berjaya Sebagai Pelakon
Fasa perbaiki diri
Menerusi hantaran di Instagram Stories, Aniq berharap permintaannya itu dapat dipenuhi dan berdoa agar Allah melindungi dirinya serta menutup aibnya.
Saya minta kerjasama kepada sesiapa yang upload gambar atau video saya berseluar pendek, mohon delete.
Saya minta tolong, please delete. Mudah-mudahan Allah melindungi aurat dan aib kita juga.
Sementara itu, Aniq ketika dihubungi OhBulan! berkata, dia menyedari selagi auratnya dipertontonkan kepada umum, selagi itu dirinya mendapat dosa.
Sebab memakai seluar pendek itu tidak menutup aurat. Saya sedar yang selagi orang tengok aurat saya selagi tu dosa berjalan, nak nak sekarang zaman digital.
Jadi saya taknak dosa saya berterusan dan memilih untuk memberi arahan delete gambar saya berseluar pendek dia social media.
Dalam masa sama, aktor berusia 22 tahun itu menyatakan dia dalam fasa memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.
Saya dalam fasa perbaiki diri mana yang dosa-dosa kecil tu saya nak elakkan. Sedar tak sedar sebenarnya kita hampir di penghujung dah sebenarnya.
Mana yang boleh perbaiki kita perbaiki. Mana yang teruk kita tinggalkan, mana yang baik kita teruskan.
Dalam pada itu, bekas peserta Hero Remaja 2021 itu berkata dia terdetik untuk memperbaiki diri selepas menjalani penggambaran drama terbaharu berjudul Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah.
Sebenarnya saya tengah shoot untuk drama terbaru di slot akasia tv3, cerita tentang keagamaan di antara manusia dan tuhan.
Jadi semasa process shoot tu membuka mata saya untuk terus berubah kearah kebaikkan.