berita

Tolak Permintaan Bapa Sambung Belajar Di Mesir, Aniq Suhair Mahu Buktikan Boleh Berjaya Sebagai Pelakon

April 7th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Pernah menghilangkan diri beberapa bulan lalu, pelakon kacak, Aniq Suhair mendedahkan alasan dia berbuat demikian adalah kerana sibuk menguruskan urusan berkaitan pengajian.

Artikel berkaitan: Ms Pui Yi Tawar Biasiswa Pendidikan RM4.3 Juta, Ikhlas Bantu Pelajar Kurang Mampu

Artikel berkaitan: Sibuk Dengan Dunia Bisnes, Nynaa Harizal Rindu Nak Kembali Berlakon – ‘Nanti Saya Akan Pujuk Suami ..’

Artikel berkaitan: Chemistry Aira & Hayyat Ni Memang Sweet Betul! Korang Wajib Tengok Drama Sekali Lagi Cinta Kembali Ni!

Bapa mahu Aniq belajar di Mesir

Ketika ditemui Oh Bulan! Aniq menjelaskan pada awalnya bapanya ingin dia melanjutkan pelajaran di Mesir dalam bidang berkaitan agama, namun aktor itu terpaksa menolak disebabkan tidak mahu meninggalkan industri seni.

Justeru, pemilik nama lengkap Muhammad Aniq Suhair Mohd Salleh, 22, memilih untuk melanjutkan pengajian di Malaysia dalam masa sama boleh meneruskan aktivitinya sebagai pelakon.

Tiga bulan lepas, saya berehat seketika daripada industri. Antara faktornya adalah kerana ayah mahu saya melanjutkan pelajaran di Mesir dalam bidang agama.

Pada saya, apa yang diminta oleh dia sangat bagus kerana belajar adalah perkara yang baik, tetapi saya sudah menapak dalam industri seni, kenapa saya perlu berhenti di saat nama disebut-sebut.

Disebabkan itu, saya mengambil sedikit masa untuk berehat kerana mahu berfikir sebaik-baiknya. Saya telah berjaya yakinkan dan berjanji pada ayah, saya boleh melanjutkan pelajaran di sini dalam masa boleh bekerja (berlakon).

Alhamdulillah, ayah sangat gembira sebab dia nampak progress saya.

Keluarga sumber motivasi

Ditanya mengenai cara mendapatkan motivasi diri memandangkan dia perlu menguruskan dua perkara iaitu pengajian dan lakonan, anak sulung daripada empat adik beradik itu berkata keluarga adalah individu yang banyak memberi sokongan kepadanya.

Untuk saya pada awalnya agak struggling, kerana saya bukan seorang yang multitasking. Tetapi, apabila lama-lama kelamaan saya boleh terima keadaan tersebut.

Orang yang banyak beri motivasi adalah diri saya sendiri dan keluarga. Mereka sangat banyak beri sokongan untuk buat apa yang saya suka dan minat.

Impian ingin jadi Billionaire

Dalam masa sama, pelakon drama Sekali Lagi Cinta Kembali itu berkata dia tidak akan berehat sehingga impiannya untuk menjadi seorang jutawan dikecapi.

Saya secara peribadi, ketika ini tiada masa untuk me time. Kerana pada usia sebegini, ini adalah masa yang sesuai untuk pulun seboleh yang mungkin kejar impian. Sebabnya, bila sampai tahap yang saya sudah selesa dan berjaya, ketika itu baru ada me time untuk diri saya.

Itu lah yang saya dan keluarga terapkan, namun me time yang dua tiga hari pergi travel itu ada lah. Kemudian terus bekerja, tiada me time yang dua hingga tiga bulan. Ini adalah masa untuk lenjan. Kerana impian saya memang nak jadi billionaire.

SKIP THIS AD ×