berita

Anita Baharom Kurang Berlakon Kerana Trauma?

November 19th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Jelajah Anugerah Skrin 2013-7

Jika diperhatikan sekarang ini, semakin banyak berita mengenai penderaan bayi dilakukan oleh kaum keluarga dan pengasuh kanak-kanak didedahkan kepada umum.

Berita ini sememangnya merisaukan Anita Baharom yang mempunyai dua orang anak kecil berusia enam dan dua tahun.

Apatah lagi, pelakon drama Keluarga Iskandar ini pernah mempunyai pengalaman pahit apabila anak sulungnya, Syifa Dhia Nurina pernah mengalami keretakan kepala kerana terjatuh sewaktu dijaga oleh pembantu rumahnya.

Walaupun anaknya tidak mengalami kecederaan parah dan insiden itu telah beberapa tahun berlalu, namun sehingga kini Anita masih tidak mampu mempercayai orang lain untuk menjaga anak-anaknya.

Disebabkan itu jugalah, Anita terpaksa memperlahankan kerjaya lakonannya kerana bimbangkan keselamatan anak jika ditinggal untuk ke set penggambaran.

Jelajah Anugerah Skrin 2013-6

Sebenarnya, kurangnya tawaran berlakon bukan disebabkan oleh syarikat produksi, sebaliknya dari saya sendiri yang terpaksa menolak beberapa tawaran sebab nak menjaga anak-anak yang masih kecil.

Saya terpaksa berkorban sekejap demi keluarga. Saya tak mahu anak-anak saya terabai bila saya pergi bekerja. Cukuplah dengan apa yang dah jadi pada Syifa sebelum ni, saya lebih rela jaga anak sendiri daripada bagi kat orang lain.

Bagaimanapun, Anita kini sedang menanti untuk memulakan penggambaran untuk sambungan drama bersiri dan filem Keluarga Iskandar dalam masa terdekat ini.

Dalam perkembangan lain, Anita juga sudah berjinak-jinak dalam perniagaan kecil-kecilan menjual tudung yang diberi nama Inspirasi Anita Baharom.

Untuk semua pembaca OHBULAN!, di sini kami sertakan foto-foto terbaru Anita yang semakin cantik bertudung sewaktu ditemui di Jelajah Anugerah Skrin (ASK) 2013 di Damansara pada Ahad lepas.

SKIP THIS AD ×