berita

Anji Ditahan Polis Disyaki Sembunyi Dadah Dalam Studio

June 14th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Penyanyi Indonesia yang terkenal dengan lagu Dia iaitu Anji dilaporkan ditangkap pihak polis tempatan kerana dipercayai terlibat di dalam kegiatan penyalahgunaan dadah. Menerusi laporan News.detik, penyanyi lelaki itu ditangkap ketika bersendirian di studio rakaman miliknya di Cibubur, Jakarta pada hari Jumaat lalu.

Temui dadah jenis ganja

Kredit foto: Viva

Anji atau nama sebenarnya Erdian Aji Prihartanto ditangkap pihak berkuasa tempatan dan berjaya menemui sejumlah dadah jenis ganja yang cukup banyak di lokasi tersebut. Menurut Ketua Polis Metro Jakarta Barat iaitu Kombes Ady Wibowo melaporkan penahanan Anji berlaku sekitar 4.30 petang watktu tempatan di studionya.

Kami menangkap seorang pemuzik terkenal pada hari Jumaat sekitar 4.30 petang di mana mereka menangkapnya di satu studionya di wilayah perumahan Cibubur. Barang bukti yang ada padanya adalah dadah jenis ganja. Nanti kami akan berikan butiran lengkap dalam siaran termasuklah bukti yang pelbagai dan banyak.

Menurut laporan tempatan, terdapat beberapa barang milik Anji terpaksa dirampas dalam membantu siasatan termasuklah dua telefon pintar dan pembesar suara miliknya berjenama Dynamite. Selain itu, pihak berkuasa menjumpai dadah jenis ganja di dalam sebuah plastik lut sinar. Salah satu plastik tersebut dilabelkan dengan nama ‘Banana Kush’ yang kelihatan mengandungi segulung ‘benda’ berwarna coklat kehijauan.

Sumber: News.detik

SKIP THIS AD ×