berita

Anjur Majlis Doa Selamat Sempena Ulangtahun Perkahwinan, Netizen Puji Norman Hakim Doakan Kesembuhan Abby

September 25th, 2019 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Meskipun sudah sedekad pasangan ini berpisah, pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi, merupakan selebriti yang sering dijadikan contoh oleh masyarakat kerana masih berbaik walaupun masing-masing sudah berumah tangga.

Baru-baru ini, umum mengetahui bahawa Abby Abadi telah dimasukkan ke hospital selepas mengalami masalah kesihatan. Bersempena majlis kesyukuran ulang tahun perkahwinan Norman dan Memey, pelakon tersebut mengambil peluang melakukan majlis doa selamat buat bekas isterinya itu.

Majlis doa selamat

Menerusi perkongsian Norman, pelakon ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada anak-anak Rumah Pengasih Warga Prihatin yang sudi hadir ke rumahnya untuk menjayakan majlis kesyukuran dan doa selamat. Tambahnya, dia memohon setiap doa yang dihajati, dimakbulkan oleh Allah s.w.t. Norman turut berkongsi antara pengisian doanya.

Pengisian doa selamat

Sempena ulang tahun perkahwinan yang ke-8, Norman tidak ketinggalan nama Abby dalam doanya. Dalam senarai tersebut, dia meminta bekas isterinya itu diberikan kesembuhan daripada masalah kesihatan yang dihidapi. Doa tersebut disertai dengan solat hajat selesai sahaja majlis itu.

Perkongsian Norman itu mencuri perhatian netizen apabila mereka turut mengaminkan setiap doa yang disenaraikan. Netizen turut mendoakan segala urusan keluarga pelakon itu dipermudahkan serta Abby diberikan kesihatan yang baik.

Komen netizen

Sumber: Norman Hakim

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×