Pelakon Anna Jobling berharap kontroversi yang membabitkan nama aktor Meerqeen dan aktres Mimi Lana dapat diselesaikan secepat mungkin.
Artikel Berkaitan: Anna Jobling Padam Semua Gambar Bersama Meerqeen Di Instagram? Hantaran Di X Timbul Tanda Tanya
Artikel Berkaitan: #ABPBH35: TV3 & Melur Untuk Firdaus Beri Tuah Pada Anna, Meerqeen
Enggas ulas lanjut
Menerusi temubual bersama Melodi, Anna bagaimanapun berkata dia enggan untuk mengulas lebih lanjut mengenai isu tersebut.
Sebaliknya, Anna atau nama lengkapnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman berkata dia hanya mahu memberi fokus terhadap kerjaya seninya.
Sebenarnya saya tak ada komen apa-apa fasal apa yang berlaku. Saya sendiri tak tahu details, saya tak tahu apa yang terjadi.
Saya dekat sini jalani penggambaran saja sepanjang masa. Saya tak tahu apa-apa dan nak fokus karier saya yang masih panjang lagi perjalanan.
Ada banyak lagi perkara yang belum saya capai dalam hidup. Saya harap semua orang lebih beri perhatian pada kerjaya, bukan dengan situasi yang berlaku.
Sementara itu, disoal mengenai ketiadaan lagi foto bersama Meerqeen di Instagram dan ciapan di X, aktres jelita berusia 23 tahun itu menegaskan segala tindakan yang dibuat serta hantaran yang dimuat naik dalam media sosial tiada kaitan dengan mana-mana individu.
Saya dah sampai satu masa, saya rasa macam ini kali terakhir yang saya akan jawab isu yang melibatkan dia (Meerqeen). Bukan tanggungjawab saya untuk cakap mewakili dirinya.
Dia tak ada kena mengena dengan saya. Kalau nak tahu apa yang jadi, kena tanya kepada orang yang terlibat.
Apa yang saya kongsi, bukan berkaitan dengan apa yang berlaku. Kalau ada apa-apa berlaku pada saya secara peribadi, saya tak akan cerita benda itu. Saya dengan orang terdekat saya tahu apa maksud.
Terdahulu, nama Meerqeen dan Mimi menjadi bualan ramai apabila mereka didakwa dilihat bercumbu di sebuah kelab malam terkenal di sekitar ibu kota.
Selepas gosip itu kecoh, perkongsian Anna di platform X yang berbunyi ‘puzzle completed’ dan tindakannya memadam foto bersama Meerqeen didakwa mempunyai kaitan dengan isu tersebut.
Sumber: Melodi