Umum mengetahui, pelakon berpengalaman iaitu Anne Abdullah sudah mula tampil dengan imej berhijab sejak selesai menunaikan ibadah umrah pada tahun lalu.
Artikel Berkaitan: Anne Abdullah Pakai Hijab Selepas Tunai Umrah
Doa mahu istiqamah
Terbaharu, Anne atau nama sebenarnya Noraini Abdullah mendedahkan bahawa dia enggan memberikan sebarang komen serta menghakimi rakan industri lain yang memilih untuk tidak bertudung sebaliknya berdoa agar dirinya terus kekal istiqamah.
Masing-masing ada ujian sama ada orang itu boleh terima ujian itu atau tidak. Kita ni, Allah boleh bolak balikkan hati kita. Jadi tak mahu cakap lebih-lebih.
Kepada artis-artis yang dah bukak hijab tu, saya doakan semoga mereka istiqamah dan diberikan hidayah. Sebab bila kita berhijab ni, diri harus kuat tau kerana banyak dugaan datang.
Dalam pada itu, pelakon drama ‘7 Hari Mencintaiku’ tersebut mengakui rakan pergaulan turut memainkan peranan penting dalam hal berkenaan.
Sama ada anda kuat atau tidak kuat untuk melalui benda ini. Sebenarnya kita berserah pada Allah. Namun persekitaran kita penting sebenarnya, terutama sekali ‘circle’ kita itu penting.
Ini supaya kita lebih kuat dalam menuju kebaikan. Bila dah umur macam ini, kita mahu ke arah kebaikan. Orang tak tengok kita dulu, orang tengok pengakhiran kita. Jadi saya doakan kepada semua yang mana berhijab, agar diberikan hidayah.
Mengulas lanjut imej baharunya itu, Anne memaklumkan niat bertudung sudah lama timbul, namun terpaksa ditangguhkan demi tuntutan kerja.
Daripada tahun lepas saya simpan niat nak pakai tudung. Cuma, masa itu saya ada projek drama di mana wataknya tak bertudung.
Selepas selesai semuanya dan sekembalinya saya mengerjakan umrah pada Disember lalu, saya terus nekad untuk kekal berhijab.
Niat ini juga sempena usia yang menginjak 50 tahun. Sejak bertudung, saya banyak dapat tawaran bawa watak ustazah. Alhamdulillah, rezeki.
Sekadar info, Anne mula memuat naik imej terkininya yang berhijab selepas pulang dari mengerjakan ibadah umrah kira-kira setahun yang lalu.
Sumber: Harian Metro